Wednesday, December 27, 2006

Tema Cinta 1.0 yang Sudah Basi

Dalam mencari tema untuk novel cinta 2.0, salah satu strategi yang dapat dilaksanakan adalah menyenaraikan tema-tema cinta yang tidak diingini lagi, sebagai contoh:

a. Dua lelaki berebut satu perempuan

b. Dua perempuan berebut satu lelaki

c. Mula-mula benci, lama-lama cinta

d. Cinta bodoh sanggup berkorban apa sahaja.

Ini membantu penulis baru mengelakkan daripada mencipta plot yang tidak diingini lagi oleh penerbit.

Ini tambahan Sdr. Yusri:

d. Kisah cinta terlarang antara si kaya dengan si miskin.

e. Kisah cinta antara dua orang miskin, tetapi akhirnya terbongkar salah seorangnya adalah orang kaya.

f. Kisah cinta tak direstui orang tua.

g. Kisah cinta siber.

Ini tambahan Sdr. Duyung:

h. Bercinta dan dapat tahu pasangan mendapat penyakit yang tidak boleh disembuhkan.

i. Cinta pura-pura bagi mendapatkan harta untuk kepentingan peribadi dan berakhir dengan kesengsaraan.

j. Bercinta dan berpisah kerana salah seorang terpaksa belajar keluar negara dan melupakan kekasih di kampung.

Ini tambahan Sdr Mya Marja:

k. Bercinta dengan suami ataupun isteri orang.

l. Bercinta dengan ipar duai.

m. Bercinta kerana terhutang budi.

n. Percintaan guru-pelajar di sekolah, di universiti…

Ini tambahan Sdr Zeti:

o. Perempuan kerja kilang bercinta dengan lelaki kaya.

p. Lelaki berkerjaya tetapi menghadapi masalah jiwa seperti kematian isteri, trauma dengan kisah silam.

q. Perempuan yang berkerjaya tetapi sering kecewa ditipu lelaki.

r. Lelaki kaya, bergaya, kacak, punyai kerjaya hebat jatuh cinta kepada wanita bagi membalas dendam.

s. Lelaki kaya, bergaya, kacak, punyai kerjaya hebat mahu cari calon isteri sama seperti bekas isterinya yang telah meninggal dunia.

t. Kisah cinta hebat antara dua insan akhirnya terlerai bila salah seorang meninggal dunia kerana kemalangan. Yang hidp merasa serik untuk bercinta lagi.

Ini dari Sdr Duyung:

u. Cinta berubah menjadi dendam kerana tidak berbalas, dan insan lain menjadi mangsa penganiayaan.

v. Bermula dari benci terhadap insan tidak punyai apa, kerana dirinya berharta... tetapi setelah dia hidup melarat, orang yang dibenci dan dicaci menjadi cinta sejati.

Tambah lagi....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PURNAMA DBP Pelawa Keahlian Previous entry: Mencari Penulis Novel Cinta Edisi 2.0
Nisah Haron  on  12/28  at  12:38 AM

Puan,
Saya tertarik dengan entri ini. Ada respon yang saya tulis di blog.

http://www.annyss.blogspot.com
——-

zalisa  on  12/28  at  01:23 AM

Puan,

Kisah cinta dalam hidup manusia adalah pelbagai. Kerana kisah cinta yg pelbagai itulah maka dunia cinta menjadi berwarna-warni. Terpulang kepada penulis mahu menulis mengikut cara yg dibenarkan syariat atau sebaliknya. Tepuk dada tanya iman.

Cara hendak menjadikan kisah cinta menarik bukan sahaja plot, malah bahasa juga mesti diambil kira. Bahasa yang indah tidak semestinya puitis seperti mengarang puisi, tetapi bagaimanakah cara pengarang bermain-main dgn bahasa. (Bahasa al-Quran adalah terbaik)

Kisah Yusuf – Zulaikha, bukan sahaja menjadi indah kerana plot yg sukar. Malah kerana Pengarangnya Maha Bijak mencipta satu kisah, yang jahat diberi kemenangan, kemenangan dan kemenangan. Di akhir cerita barulah si baik diberi kemenangan. Namun ada juga kisah cinta setelah diberi kemenangan pun Allah masih menguji dgn fitnah. Ingat lagi bagaimana Aishah difitnah bermukah?

Inilah jalan cerita mengikut sunnatullah (rasul2 dan para sahabat, tidak diberi kejayaan mudah. Mereka terpaksa berhadapan dgn kesusahan, kesakitan, penghinaan, kesedihan akibat kematian seseorang yg disayangi di saat mereka benar2 memerlukan sokongan dlln). Stail ini diikuti BMBP yg kini menjadi kegilaan penonton. Formula ini mahu atau tidak, jika mahukan kisah yg indah mesti kita ikuti.

Sekali lagi saya tekankan, kisah cinta di dunia ini pelbagai dan berwarna-warni. Bayangkan jika kisah cinta hanya satu sahaja jalan ceritanya. Kisah cinta Yusuf – Zulaikha adalah panduan terbaik kerana Pengarangnya Maha Bijaksana. Wallahu’alam.

zaidakhtar  on  12/28  at  09:09 AM

puan,
cinta 4 dan 5 segi pun ada.
moga kenyang dgn bercinta.

Puan Ainon Mohd.  on  12/28  at  09:15 AM

Sdr Zaid,

Pagi tadi saya jenguk lagi blog sdr… masih macam itulah, saya kena turuuuun ke bawah, baru jumpa bas kuning itu!

zalisa  on  12/29  at  01:24 AM

zaid, cara saudara menulis kisah cinta tak kesampaian dalam nailofar (maaf saya lupa tajuk novel itu. harap betul) sangat menarik.

zaidakhtar  on  12/29  at  06:25 AM

puan ainon,
PC/laptop puan bermasalah kot. org lain takda pula merungut.
grin gurau aja. saya pun tak tau nak repair mcm mana.


sdr zalisa,
terima kasih kerna sudi membaca Sesegar Nailofar. ia ditulis masa saya bujang lagi tu. grin. tapi cinta saya kesampaian juga.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/31  at  09:36 AM

kisah cinta via potret usang…lama dicari pemilik potret itu lantaran cinta nya sudah teramat sangat.. kesudahannya pasti dua gembira atau sedih.. smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/03  at  11:12 AM

u. Cinta menjadi dendam kerana tidak berbalas dan insan lain menjadi mangsa penganiayaan.

v. Bermula dari benci kepada insan tidak punyai apa, kerana diri berharta.. tetapi setelah hidup melarat yang dibenci dan dicaci menjadi cinta sejati.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.