Tema Tidak Evergreen
Apabila saudara menulis buku cerita, cerpen ataupun novel, pilih tema yang evergreen, supaya karya saudara itu tahan lama dalam pasaran, dan laku dijual berpuluh-puluh tahun.
Sesetengah tema tidak tahan lama sebab isu yang dijadikan tema itu adalah isu trendi, isu semasa, dan isu bermusim.
Contoh tema-tema yang tidak tahan lama:
a. Cerita budak-budak main futsal dan wall-climbing. Permainan dan hobi-hobi jenis ini bersifat trendi.
b. Cerita perempuan simpanan lelaki ternama yang dibunuh oleh penyimpannya sendiri.
c. Cerita budak bohsia, budak mat rempit, budak tomboi, budak lelaki lembut, budak lesbian, budak dadah.
d. Cerita cabaran dunia 'IT' (ibu tunggal) yang masih muda, cantik dan jadi rebutan lelaki.
e. Cerita mangsa pemerkosaan ataupun cerita lelaki simpanan.
f. Cerita bagaimana peniaga kecil akhirnya jadi jutawan.
g. Cerita percintaan dengan orang putih.
h. Cerita sempena hari raya, hari merdeka, hari pahlawan dan yang seperti itu.
...dan banyak lagi.
Bagaimanakah saudara boleh tahu sesuatu tema itu tidak tahan lama? Mudah sahaja. Jika tema itu banyak dipercakapkan dalam akhbar, TV dan radio, percayalah, tema itu tidak tahan lama.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan SifuPTS:
Contoh tema evergreen mungkin begini: (contoh filem)
Filem filem P.Ramlee (semasa di studio lama di Singapura)
Filem filem Tamil lama (MGR)
Filem Hindi (sebelum bollywood…misalnya Sangam, Janwar Yaadon Ki Baraat, Evening in paris)
——-
Tuan Rastom,
Ya, saya setuju benar dengan senarai filem-filem itu.
Dalam kes novel Melayu, tema evergreen yang tidak dipercakapkan langsung adalah dalam novel JIBAM oleh Sdr. Ujang. Beliau memberitahu saya novelnya itu, yang ditulis beberapa belas tahun yang lalu, sekarang masih diulangcetak, dan sudah laku 250 ribu unit! Jualan novel ini mengatasi jualan mana-mana novel cinta yang pernah diterbitkan. Begitu juga dengan tema komiknya AKU BUDAK MINANG, sampai hari ini masih evergreen.
cuba puan sifu senaraikan tema-tema yang evergreen…
cuba puan sifu senaraikan tema-tema yang evergreen
Post a comment