Thursday, March 25, 2010

Tempoh Hakcipta Karya yang Tersiar dalam Media

Apabila cerpen ataupun makalah tuan dan puan diterbitkan dalam akhbar ataupun majalah, bagaimanakah kedudukan hakcipta karya tuan itu memandangkan tuan dibayar honorarium.

Cek honorarium yang tuan terima itu adalah bayaran 'sagu hati' sahaja. Itu bukan bukti tuan menjual dan majalah ataupun akhbar itu sudah membeli hakcipta karya itu, melainkan tuan ada menandatangi sebarang surat ataupun dokumen 'pelepasan' hakcipta karya kepada mereka.

Apabila karya tuan diterbitkan di akhbar ataupun majalah, tuan melesenkan karya itu kepada mereka bagi tempoh 1 terbitan sahaja. Disebabkan akhbar harian terbit setiap hari, maka dalam tempoh hari itu sahaja penulis tidak boleh menerbitkan karya yang sama di tempat lain.

Bagi akhbar dan majalah mingguan ataupun bulanan, tempoh itu adalah berdasarkan tempoh mingguan ataupun bulanan itu. Maknanya, pada minggu ataupun bulan berkenaan sahaja penulis tidak boleh menerbitkan karya yang sama di tempat lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: RM150,000-00 Modal Pameran PTS di PABKL Previous entry: Penulis Sai-Fai Perlu Belajar Bercakap di Hadapan Peminat
Zahiruddin Zabidi  on  03/26  at  02:41 PM

Alhamdulillah, akhirnya saya menemui jawapannya. Terima kasih puan guru.

Faizal  on  03/27  at  02:50 PM

Saya sangat suka dengan entry ini..

Marsli N.O  on  04/01  at  06:55 PM

Puan Ainon Ydh: Salam. Barangkali Puan sudah atau ada mendengar khabar betapa di sebuah penerbitan, sebarang manuskrip yang memuatkan karya yang pernah disiarkan di sebuah akhbar atau majalah perlu mendapat surat kebenaran menerbitkan semula sebelum dapat diuruskan proses penerbitan manuskripnya. Jika tiada, bermasalah.

Marsli N.O

Faizal  on  04/01  at  09:55 PM

Oh ya..satu pertanyaan Puan Ainon yang dihormati..
Bagaimana pula dengan penrbitan majalah yang meletakan kenyataan yang kurang lebih berbunyi ’ Sebarang artikel yang disiarkan adalah hakmilik XXX. Tidak dibenarkan sama sekali menerbitkannya semula dengan apa cara sekalipun’

Zamri Mohamad  on  04/05  at  11:46 AM

Selagi mana tidak ada perjanjian bertandatangan penulis asal, apa sahaja kenyataan dibuat oleh majalah terbabit adalah tidak sah meskipun ayatnya, Sebarang artikel yang disiarkan adalah hakmilik XXX. Tidak dibenarkan sama sekali menerbitkannya semula dengan apa cara sekalipun’

Dalam kes saya menjadi pembantu koresponden dengan Islam Online (berpusat di Dubai), mereka akan menghantar salinan borang dan meminta saya tandatangan kemudian hantar semula kepada mereka bagi mengesahkan sebarang karya menjadi hakmilik mereka.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.