Sunday, March 25, 2007

Tentang ‘kata’, ‘firman’ dan ‘sabda’

Dari waktu ke waktu kita masih menerima emel daripada pembaca buku-buku agama PTS yang tidak setuju dengan dasar editorial PTS yang menggunakan perkataan 'kata' bagi menterjemahkan perkataan Arab 'qala' dalam ayat-ayat seperti di bawah:

Allah berfirman
Allah berkata

Nabi Muhammad bersabda
Nabi Muhammad berkata

Perkataan firman dan sabda bukan perkataan Arab. Perkataan firman dalam Bahasa Melayu adalah pinjaman daripada bahasa Parsi yang masuk ke dalam Bahasa Melayu dengan kedatangan pengaruh Syiah ke rantau ini.

Perkataan sabda pula adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Sansekerta (Sanskrit) yang masuk ke dalam Bahasa Melayu sewaktu orang Melayu memeluk agama Hindu dahulu.

Buku-buku agama PTS ditujukan kepada pembaca yang tidak semestinya orang Islam, oleh itu kita memilih perkataan-perkataan Melayu biasa yang semua orang tahu apa maknanya, baik orang itu orang Islam ataupun bukan Islam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(21) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Teori Komunikasi Bahasa Islami: Pengenalan (siri 1) Previous entry: Hubungan dengan Media: Sakit Hati Seorang Sasterawan Bertaraf Selebriti
Web Sutera  on  03/25  at  09:33 PM

Ok Puan, maklumat yang menarik. Saya ingatkan firman dan sabda berasal dari perkataan Arab.
——-

Web Sutera  on  03/25  at  09:37 PM

Info yang menarik!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/25  at  09:45 PM

ermm…

Web Sutera  on  03/25  at  09:46 PM

Ok Puan, info menarik!

Puan Ainon Mohd.  on  03/25  at  10:05 PM

Sdr WEB,

Ada satu lagi info menarik. Di Brunei, menteri-menteri di negara itu bukan ‘berkata’ seperti di Malaysia, tetapi mereka ‘bersabda’....

Web Sutera  on  03/25  at  11:17 PM

Hah! Bersabda? Betulkah, seperti: “Menteri Minyak Brunei bersabda…”, begitu?

Nota Sifu: Oh! Bukan menteri, tetapi Mufti Brunei yang ‘bersabda’!

Jiwa Rasa  on  03/25  at  11:49 PM

Puan Ainon,

Jika matlamatnya untuk pembaca yang bukan Islam, kenapa tidak diambil kesempatan untuk memperkenalkan istilah yang biasa diguna oleh orang Islam. Perkataan sabda dan firman memang sudah lama digunakan.

Saya lebih suka jika perkataan itu diterangkan dalam nota kaki atau di glossaries.

Nota Sifu: Tuan Jiwa, kita berpegang pada prinsip “...permudahkanlah urusan mereka…” dan “...apabila ada dua cara, pilihlah cara yang lebih mudah…”

embun  on  03/26  at  08:30 AM

Pn. Ainon,

Baru hari ini saya mengetahui asal-usul kata ‘firman’ dan ‘sabda’. Rupa-rupanya, kata-kata ini dipakai oleh orang Melayu sahaja.
Sebab itu lebih mudah memahami Islam dengan bahasa Inggeris.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/26  at  09:35 AM

Pn Ainon,

Staf PTS pernah mendapat panggilan telefon dari seorang ‘Haji’ yang mengugut untuk membawa perkara ini ke pejabat Mufti. Tapi sehingga hari ini (setelah 3 tahun) masih tidak ada maklumbalas dari pejabat Mufti.

Antara hujah mereka yang menentang keras adalah: PTS tidak menghormati Allah dan Rasulullah.

Wallahu’alam.

Nota Sifu: Saudara Faris, macam ini punya bersusah payah PTS hendak menyampaikan mesej Islam, dia kata PTS tidak menghormati Allah dan Rasulnya… Alahai! Menghukum lebih mudah daripada menulis dan menerbitkan buku-buku agama menggunakan BM 2007!

Web Sutera  on  03/26  at  09:49 AM

Sdr Faris,

Pada pendapat saya, tidak timbul perkara tidak menghormati Allah dan Nabi Muhammad dalam menggantikan perkataan ‘firman’, ‘sabda’, ataupun ‘riwayat’. Itu cuma perkataan, bukannya membawa makna menghina.

Kalau menghina hukum atau kata-kata Allah dalam Quran, itu yang salah.

Kekalkan apa yang pihak PTS rasa betul, selagi tidak menghina hukum dan ayat-ayat Allah.

Hanya Allah yang Maha Tahu.

Nota Sifu: Sdr WEB, jangan main-main perkara ini. Banyak orang tidak jelas berkenaan apa yang dikatakan ‘menghina’ Quran dan Rasulullah. Jadi mereka amat emosional. Sdr Faris menyimpan banyak cerita lain yang beliau alami. PTS menggunakan perkataan ‘kata’ bagi menggantikan ‘sabda’ itu dianggap menghina Nabi. Tetapi, banyak perkara berlaku di sekeliling kita yang dilarang oleh Nabi tidak pula dianggap menghina Nabi, tidak pula dilaporkan ke pejabat Mufti. Hmmm…..(geleng-geleng kepala)

fudzail  on  03/26  at  10:35 AM

Salam Puan SifuPTS

Saya mahu menyambung balik terjemahan ‘Kenapa Kita Belajar’ hari ke-3, hari ini, membaca balik apa yang sudah diterjemah, ternyata saya masih dalam zaman sebelum 2007.

Arwah ayahanda saya dulu seorang kathi (belajar di Makkah dari umur 9 ke 25 tahun) dan selepas pencen jadi tok guru di kampung.

Semasa kecil, saya hampir setiap malam mendengar aruah mengajar menggunakan kitab, memang berbelit ayat-ayat yang digunakan. Mungkin saya terikut-ikut gaya bahasa kitab lama. Kadang melucukan apabila anak-anak murid arwah ramai yang tidak faham dan terpaksa diterangkan berkali-kali.

Di UAE, selain Yusuf Islam, saya banyak juga belajar dari tok guru Mat Salleh seperti Bilal Philips dan beberapa lain yang berasal dari negara orang putih, betapa mudahnya bahasa yang digunakan. Apa lagi interaksi kami tidak begitu formal, memudahkah komunikasi.

Jadi, hari ini banyak perkataan dan ayat dalam ‘Kenapa Kita Belajar’ (Saeed Ahmed Lootah pun guna perkataan berbelit-belit) yang kena diubah suai ke BM 2007.

Terima kasih.

Web Sutera  on  03/26  at  12:17 PM

Betul kata Puan. Ramai orang keliru, dan ramai juga yang buat-buat tidak faham.

Berkata benar, walaupun pahit.

rastom  on  03/26  at  12:18 PM

Puan Sifu,

Revolusi! (sambil genggam tangan ke atas).

Para Menteri Brunei bukan sahaja bersabda, malah adakalanya berqaul (dari akar kata qola).... sementara perkataan “firman” dalam kosa kata Farsi sudah dianggap kata lama atau klasik.

Fanatisme terhadap penggunaan kata-kata yang dianggap “keramat” tanpa sebarang asas filologi atau etimologi (ilmu mengenai asal-usul bahasa) inilah salah satu punca jumudnya fikiran bangsa dan melembabkan perkembangan bahasa Melayu.

Kata-kata yang dikeramatkan itu seolah-olah berubah menjadi berhala yang tidak boleh disentuh langsung.

Semoga entri ini berkembang dan terus diperkayakan.

Nota Sifu: Reformasi (bahasa)! (juga sambil genggam tangan ke atas).

Web Sutera  on  03/26  at  12:24 PM

Sdr Rastom, apa khabar? Cantik entri sdr.

rastom  on  03/26  at  12:35 PM

Web Sutera, (dengan izin Puan sifu),

Sihat dan afiat. Saya sendiri pernah kena marah dengan bos saya tidak lama dulu kerana menggunakan perkataan sabda untuk selain dari para nabi lalu digantung kerja sebulan (semasa saya ke udara di Radio Pulau Pinang).

Nota Sifu: Tuan Rastom, sewaktu saya memberi ceramah teknik menulis buku agama di sebuah ‘kolej Islam’, seorang ustaz ibarat mahu ‘melontarkan’ saya keluar ikut tingkap disebabkan isu ‘firman’ dan ‘sabda’.

Web Sutera  on  03/26  at  12:54 PM

Sampai begitu sekali Puan? Teruk juga polemik isu ini (sambil garu kepala yang tidak gatal..)

Sdr Rastom, saya pun pernah ke udara, tapi di Radio 1 (dapat duit lagi). Cumanya berbicara fasal internet dan ICT, bukan fasal agama.

Fable Fox  on  03/26  at  01:47 PM

Saya bukanlah alim ulama, tetapi sebelum Puan Ainon bertindak sebegini, lebih baik diadakan perbincangan dengan pihak DBP dan juga mufti.

Seperti kes menanam al-quran di kutub. Sebelum buat tanya dulu, kalau ada point kita bahaskan. Berperang selepas benda sudah berlaku banyak masalah.

Apapun, saya di pihak Puan Ainon.

Cuma, kalau ada saluran, kita guna saluran itu dahulu. Kalau mereka lambat bertindak, jadikan ia satu artikel di dada akhbar. Orang ramai biasanya bertindak apabila ia berada di dada akhbar.

Apa kata gunakan ruangan Mingguan Malaysia pada bahagian sastera untuk berbincang mengenai isu ini?

Hmmmmmm….

Fable “I’ll keep on fighting” Fox

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/26  at  01:54 PM

Sifu,

Kaedah yang lebih mudah untuk menarik orang ramai menggemari bacaan buku-buku agama.

Saya kurang arif tentang Keperluan mengunakan Firman dan Sabda untuk membezakan Allah, Nabi Muhammad dan orang biasa seperti kita. Seperti raja bertitah.

Tetapi bagaimana untuk membezakan pengunaannya jika seorang mat salleh memeluk Islam dan bercakap atau mengajar agama dalam bahasa Inggeris?

Dahulu saya pernah kena tengking kerana menggunakan “Oh My God” Ketika sibuk belajar bercakap bahasa Inggeris. Mereka kata Haram. Saya disuruh menyebut “Oh Tuhanku”.

Habis takkan mat salleh yang muslim juga wajib menyebut “Oh Tuhanku”?

Anyway, terima kasih di atas ilmu terbaru untuk santapan minda saya hari ini.

rastom  on  03/26  at  02:05 PM

Sdr Fable Fox,

Niat mahu tanam al Quran itu berputik dari satu fahaman yang sedia ada di kalangan ramai orang Melayu.

Fikirkan beberapa bida’ah Melayu yang menggunakan ayat ayat Quran (bukan untuk dibaca faham dan amalkan) seperti untuk menarik wang segera menerusi jampi, menurun, minta nombor dan sebagainya.

Sedih sungguh kerana orang yang hendak menanam al Quran di kutub utara itu tidak saintifik apabila berdepan dengan kitab yang suruh umat menggunakan otak.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  11:59 PM

Istilah firman dan sabda ada juga dipakai dalam tulisan agama lain seperti agama Kristian. Tetapi pihak KDN menghadkan penggunaan ‘firman’ untuk Islam sahaja. Sebabnya penggunaan ‘firman’ dalam agama lain boleh mengelirukan. Harap pihak KDN dapat membaca penjelasan Puan Ainon dan seterusnya membenarkan penggunaan ‘firman’ kepada semua!

Nota Sifu: Parlimen memberikan kuasa mem-polis-i penggunaan Bahasa Melayu dan mendenda pesalah-pesalah bahasa kepada DBP. Jadi, minta izin DBP.

Orang-orang Parsi pun tidak menghalang kita menggunakan perkataan bahasa mereka, bagaimana pula kita hendak menghalang… ermm…

rastom  on  04/25  at  06:58 AM

Polisi bahasa? Tolong beritahu juga bahawa kata Tuhan Allah juga digunakan untuk Yahweh dan Jesus Kristus, kalau mereka belum tahu. Di blog saya ada cerita Tok Arab ke-2… heheheh

Tuan Rastom, di kampung saya orang Cina berkata “Tuan Ala”.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: