Thursday, February 18, 2010

Teori dan Teknik Surah Yusuf: Keindahan daripada Suatu Kejahatan

Dalam teori dan teknik menghasilkan karya sastera yang indah berdasarkan surah Yusuf, dalam seluruh kisah panjang itu, hanya terdapat dua (2) peristiwa kejahatan. Kedua-dua kejahatan itu tidak dilakukan oleh watak utama, yakni Nabi Yusuf, sebaliknya dilakukan oleh watak pembantu (Siti Zulaikha) dan watak-watak sampingan (abang-abang Nabi Yusuf).

Dalam teori dan teknik surah Yusuf, watak utamanya adalah lelaki ideal, yang tidak pernah melakukan sebarang kejahatan.

Dua kejahatan dalam kisah Nabi Yusuf itu adalah:

(i) Kejahatan yang dilakukan oleh abang-abang Nabi Yusuf yang cuba membunuhnya disebabkan mereka cemburu kerana ayah mereka tersangat sayang kepada Nabi Yusuf.

(ii) Kejahatan Siti Zulaikha yang cuba menggoda Nabi Yusuf.

Baik abang-abang Nabi Yusuf mahupun Siti Zulaikha, mereka hanya melakukan kejahatan sekali sahaja. Itupun bukan disebabkan mereka memang karekter yang jahat, tetapi disebabkan mereka menjadi mangsa kelemahan mereka sendiri, yakni mereka gagal mengawal nafsu mereka.

Berdasarkan teknik surah Yusuf, sebuah kisah yang indah dibuka dengan berlakunya suatu kejahatan.  Kemudian kejahatan yang satu itu menjadi punca berlakunya banyak peristiwa-peristiwa lain, yang menghasilkan seluruh perkembangan plot cerita dari permulaan sehingga penamatnya.

Dalam peristiwa pertama, ayah Nabi Yusuf memberitahu anaknya bahawa abang-abangnya mempunyai niat jahat terhadapnya, dan terbukti perkara itu benar. Abang-abang Nabi Yusuf telah membawanya ke tengah gurun lalu mencampakkan beliau ke dalam telaga air. Beliau kemudian diselamatkan oleh kafilah peniaga. Beliau kemudian dijual sebagai hamba kepada seorang pembesar, iaitu suami Siti Zulaikha. Nabi Yusuf besar menjadi pemuda yang elok dan tampan sehingga Siti Zulaikha tergoda... begitulah cerita Nabi Yusuf berkembang sehingga akhirnya beliau menjadi perdana menteri kepada Raja Mesir.

Seandainya Nabi Yusuf tidak dicampakkan ke dalam telaga oleh abang-abangnya, seluruh cerita indah itu tidak berlaku, dan beliau pun tidak menjadi perdana menteri kepada Raja Mesir.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pasaran Ciklit Islami Mempunyai Potensi Besar Previous entry: Novel Cinta Islami Terbaru dari PTS

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.