Monday, March 26, 2007

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (7)

Ciri keenam bahasa Quran: Mudah dihafal

Ciri mudah dihafal ini adalah antara ciri penting pada bahasa Quran yang tidak diambil kira oleh penulis-penulis buku agama dan penterjemah Quran dan hadith.

Orang tua dapat menghafal bahasa Quran. Jadi, Umar bin Khatab selalu membaca seluruh Quran dalam 1 malam.

Orang muda dapat menghafal Quran. Kanak-kanak pun dapat menghafal Quran.

Sampai-sampai, kanak-kanak bukan bangsa Arab, yang tidak tahu berbahasa Arab, tidak tahu makna Quran, meskipun begitu masih dapat menghafal Quran!

Ikut prinsip bahasa Quran. Apabila menterjemahkan Quran, gunakan Bahasa Melayu yang mudah dihafal.

Bagi orang Islam yang tidak tahu bahasa Arab, banyak manfaatnya apabila dia dapat menghafal terjemahannya. Jika dia dapat menghafal terjemahan bab pertama Quran pun, itu sudah amat berguna.

Jika dia dapat menghafal juga terjemahan ayat Kursi, itu lebih baik lagi....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 8) Previous entry: Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 6)
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/27  at  11:14 AM

Assalamua’laikum sifu,

Adakah terdapat dalam pasaran terjemahan Quran Bahasa Melayu yang sesuai untuk anak2 6-12 tahun? Jika tiada, mungkinkah PTS akan terbitkan satu hari nanti?
——-

Puan Ainon Mohd.  on  03/27  at  08:29 PM

Sdr Syerkhan,

PTS ONE ada menerbitkan set “Tafsir Quran untuk Kanak-kanak” tetapi hanya bab-bab muqadam sahaja.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: