Tuesday, March 27, 2007

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 8)

Ciri ketujuh bahasa Quran: Natif

Istilah bahasa natif (native) bermakna bahasa tulen, yakni bahasa natural penutur asal bahasa tersebut.

Bahasa Quran adalah bahasa natif Nabi Muhammad dan penduduk Mekah pada tahun sekitar 600 Masehi. Itulah bahasa yang digunakan oleh NM.

Nabi Muhammad adalah orang Arab tulen, bukan berdarah kacukan Arab dan bukan Arab. Justeru bahasa Arab NM itu tulen, tidak ada unsur-unsur asing di dalamnya.

NM tidak pergi ke sekolah formal di mana beliau diajar bahasa asing. Beliau juga tidak pandai membaca, jadi beliau tidak pernah membaca buku tulisan pengarang lain. Jadi bahasa NM itu betul-betul 100% Arab tulen.

Justeru bahasa Quran itu adalah bahasa natif NM. Tidak ada perkataan bukan Arab di dalamnya. Setiap satu patah perkataan dalam bahasa Quran itu diketahui oleh NM.

Nahu bahasa Quran juga bersifat natif kepada NM, yakni nahu bahasa Quran itu serupa, saling tak tumpah, dengan nahu bahasa Arab yang dituturkan oleh NM.

Ikut prinsip bahasa Quran: Apabila saudara menulis buku agama, gunakan perkataan, frasa, nahu dan langgam Bahasa Melayu natif. Jangan menulis buku agama menggunakan perkataan dan nahu bahasa Arab.

Jauhi Bahasa Melayu yang digunakan dalam buku-buku agama sekarang, yang penuh sesak dengan banyaknya unsur-unsur bahasa asing, seperti perkataan asing, frasa-frasa asing, nahu asing, simpulan bahasa asing, dan langgam bahasa asing.

Bahasa dalam buku-buku agama konvensional itu bukan bercirikan bahasa Quran, sebab ia tidak bersifat natif. Kalau pembaca itu tidak tahu menahu bahasa Arab, mereka tidak berdaya hendak memahami apa yang dituliskan oleh ustaz-ustaz itu.

NM Muhammad itu seorang monolingual tulen, sepatah bahasa asing pun beliau tidak tahu. Jadi, Quran itu diturunkan kepada seorang Arab yang monolingual.

Nota: Justeru perbuatan memandang rendah kepada individu-individu yang monolingual adalah memandang rendah salah satu sifat Nabi Muhammad.

Tuhanlah yang lebih mengetahui (mengapa Nabi Muhammad itu monolingual orangnya).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kitab Klasik Ditulis Semula oleh Pengarang Tidak Tahu Bahasa Arab Previous entry: Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (7)
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/27  at  01:35 PM

Teruskan Puan. smile
——-

Web Sutera  on  03/27  at  10:17 PM

Bahasa natif Nabi Muhammad bahasa Arab, bahasa natif orang Melayu ialah Bahasa Melayu. Memang sesuai sangat!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/30  at  09:40 PM

Bagaimana kalau buku berkenaan menggunakan bahasa daerah atau bahasa dialek seperti Minangkabau, Bugis, Jawa dan sebagainya?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: