Teori Sastera Islami Ciptaan Mohd. Affandi Hassan
Mohd Affandi Hassan sudah beberapa lama mencipta teori sastera Islami yang disebut dengan istilah "Teori Persuratan Baru". Antara tokoh sasterawan yang sudah menghasilkan karya menggunakan teori ini adalah Faisal Tehrani, dalam novel beliau "Apabila Tuhan Berbicara".
"Teori Persuratan Baru" mengemukakan pandangan bahawa dalam karya sastera, cerita tidak berapa penting. Yang lebih penting adalah ilmu yang dituliskan dalam karya itu. Dari segi teknik "Teori Persuratan Baru" mengemukakan konsep "gaya khutbah dalam sastera".
Baca komen menarik dalam artikel Prof. Rahman Shaari di sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment