Tuesday, May 16, 2006

Teori Terjemahan: Prinsip dalam Surah Yusuf

Dalam surah Yusuf, terkandung prinsip tentang cara yang betul apabila menuliskan dialog yang diucapkan oleh watak-watak daripada pelbagai bangsa.


Di dalam surah Yusuf, tidak ada walau sepatah pun perkataan bukan Arab, sedangkan watak-watak dalam surah Yusuf semuanya bukan bangsa Arab. (Penduduk asli bumi Mesir pada zaman Nabi Yusuf bukannya bangsa Arab.)


Apabila saudara mengarang cerpen ataupun novel, akan ada ketikanya terdapat:


(a) Watak-watak Melayu bercakap sesama watak Melayu, contohnya En. Mamat bercakap dengan En. Budin.


Dalam surah Yusuf terdapat watak Yahudi bercakap sesama watak Yahudi, contohnya Nabi Yusuf bercakap dengan Nabi Yaakub, dengan abang-abangnya, dan dengan Zulaikha. Semua dialog dalam bahasa Ibrani (Hebrew) itu diterjemahkan sepenuhnya ke dalam bahasa Arab.


Justeru, watak Melayu bercakap dengan watak Melayu hendaklah 100% dituliskan dalam bahasa Melayu.


(b) Watak Melayu bercakap dengan watak bukan Melayu, contohnya En. Mamat bercakap dengan Puan Lim.


Dalam surah Yusuf terdapat watak Yahudi bercakap dengan watak bukan Yahudi, contohnya Nabi Yusuf bercakap dengan Raja Mesir, dan dengan banduan yang berkongsi bilik di penjara. Begitu juga dialog antara Siti Zulaikha dengan Raja Mesir. Kita tidak tahu apakah bahasa yang mereka gunakan, tetapi dalam surah Yusuf semua dialog itu diterjemahkan dalam bahasa Arab.


Justeru, watak Melayu bercakap dengan watak bukan Melayu hendaklah 100% dituliskan dalam bahasa Melayu.


(c) Watak bukan Melayu bercakap dengan watak bukan Melayu, contohnya Puan Lim bercakap dengan Puan Devi.


Dalam surah Yusuf terdapat watak bukan Yahudi bercakap dengan watak bukan Yahudi, contohnya Raja Mesir bercakap dengan pembesar-pembesar istana baginda. Semua dialog mereka diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.


Justeru, watak bukan Melayu bercakap dengan watak bukan Melayu hendaklah 100% dituliskan dalam bahasa Melayu.


Surah Yusuf ditulis dalam bahasa Arab Tinggi seluruhnya. Bahasa Arab itu adalah dialek ibunda Nabi Muhammad, yakni bahasa Arab yang dituturkan oleh suku kaum Quraish.


Jelas sekali, dalam teori sastera Islami aliran surah Yusuf, penggunaan 100% bahasa Tinggi adalah unsur keindahan, manakala penggunaan unsur-unsur bahasa asing adalah unsur kecacatan. Tuhanlah yang lebih mengetahui.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ringkasan Kisah Nabi Yusuf Previous entry: Surah Yusuf: Sedikit Catatan
Yelderin Mujahed  on  05/17  at  12:52 PM

Kesimpulannya Puan Ainon,
setiap karya yang menggunakan bahasa tinggi—Melayu, Arab, Inggeris, Perancis dan lainnya, tidak perlu campuran bahasa dalam dialog?
Kalau Bahasa Melayu, biarlah kesemuanya Bahasa Melayu.
Kalau Bahasa Turki, biarlah kesemuanya Bahasa Turki.
Kalau Bahasa Arab, baiarlah kesemuanya dengan bahasa itu.
Begitu? Nanti saya tanyakan Plato dalam jiwa saya…
Haha…
——-

Yelderin Mujahed  on  05/17  at  12:53 PM

‘Bengkok jarum pedoman cita-cita. Dekad akan datang, kau akan lihat agama di bibir, bukan di dada. Bahasa Melayu diejek. Budaya diganti tamadun lucah.’
-Arena Wati-
Maralah Pejuang Bahasa!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/02  at  01:35 AM

saya hendak menanya tentang bahasa melayu lusuh atau yusuf, saya ingin mengkaji bahasa ini , tolong saya tentang bahasa ini . plz

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: