Friday, February 29, 2008

Buku Agama untuk Remaja Lelaki

Mengapakah remaja lelaki tidak suka membaca buku-buku cerita agama yang banyak dalam pasaran, yang ditulis oleh ustaz-ustaz dan diterbitkan oleh penerbit-penerbit buku agama tradisional?

Maklumat yang dikumpulkan oleh Jabatan Pemasaran PTS mendapati buku-buku cerita agama dibeli dan dibaca oleh perempuan dan remaja perempuan. 

Kita perlu mencari jalan bagaimana hendak menarik minat remaja lelaki supaya mahu membaca buku-buku cerita agama kerana dalam cerita-cerita itu terkandung mesej-mesej yang penting. 

Dua buku ini adalah usaha PTS ISLAMIKA menerbitkan buku-buku cerita daripada khazanah sejarah Islam yang ditargetkan kepada  kanak-kanak dan remaja lelaki. Lebih banyak buku dalam siri ini akan diterbitkan oleh PTS.

Puan Rohayati Bakri adalah seorang jurutera dan beliau pernah bertugas di Petronas, manakala En. Luqman Ghazzi adalah seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia yang lulus dari Jepun. 

Kepada Mentee-mentee Sifu, soalan tutorial hari ini: Apakah ciri-ciri pada design kulit buku ini yang diramalkan dapat mencetuskan minat remaja lelaki mahu membacanya?

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Memilih Judul Terjemahan Sastera Klasik Previous entry: Surah Yusuf dan Teknik Menulis Novel Autobiografi: 'aku' dan 'dia'
xara  on  02/29  at  08:18 AM

Assalamualaikum Puan Sifu.
Pada pendapat saya, selain watak pejuang yang digambarkan, penggunaan perkataan seperti ‘penakluk’ dan ‘pengintip’ dapat menarik perhatian remaja lelaki untuk membelinya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/29  at  09:45 AM

Assalamualaikum.

Sebagai remaja lelaki (sudah di akhir remaja sebenarnya,hihii), design kulit buku yang seakan-akan komik ini menarik perhatian saya. Lukisan wataknya juga cantik setanding dengan pelukis antarabangsa. Saya juga bersetuju dengan Xara, perkataan ‘penakluk’ dan ‘pengintip’ itu sinonim dengan lelaki. Begitu juga dengan perkataan ‘pahlawan’. Saya doakan moga-moga kedua-dua buku ini mendapat sambutan hangat dan menjadi bestseller. Insya-Allah.

Amiene Rev  on  02/29  at  10:46 AM

Ciri-ciri design pada buku ini yang dapat menarik minat remaja ialah:

1. Perwatakan yang digambarkan kelihatan memakai pakaian yang bergaya di dalam buku A dan B. Kesan sapaan angin pada jubah menarik perhatian. Gaya fizikal yang ditampilkan juga menampakkan keyakinan watak penghias kulit buku dan ini disukai remaja.

2. Objek yang dilukiskan adalah menarik. Senjata yang tersisip di pinggang orang tua dan unta yang berjalan megah menunjukkan sifat yang menarik perhatian.

3. Latar belakang warna gradient terang sesuai dengan unsur remaja.

4. Jenis tulisan untuk Penakluk Andalusia menarik dan nampak menonjol. Rekaan untuk perkataan Pengintip menarik.


Cadangan untuk dipertimbangkan:

1. Rekaan untuk tulisan “31 Koleksi Kisah Pahlawan” kurang kena dengan penampilan bergaya di dalam buku ini. Saya cadangkan gunakan tulisan yang hurufnya berjarak lebih dekat serta menyerlah. Atau mungkin tulisan mengelilingi suatu bulatan, atau logo PTS.

2. Rekaan tulisan Rohayati Bakri tidak menyerlah, kurang tegas dan berkeyakinan. Huruf-huruf yang terpisah perlu dirapatkan. Mungkin boleh ditukar dengan menggunakan jenis tulisan yang sama seperti tulisan untuk perkataan Pengintip.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/29  at  07:16 PM

Salam…

Kenapa kadang-kadang saya perlu paksa diri untuk beli dan habiskan membaca buku-buku cerita agama yang ada di pasaran. (Terkadang pun beli sebab ‘kasihan’ atau ‘rasa bersalah’ sebab rasa tak seimbang… 3 buku inggeris tapi cuma 1 buku melayu. )

- terlalu nipis. cerita ringkas sangat. Baru nak hayati watak buku dah habis.
- ‘Cover’ keanak-anakan dan tidak mengikuti trend graphic terkini. Tapi ‘Cover’ hikayat amir hamzah hebat. Saya beli sebab ‘cover’. Belum baca lagi. Pasal apa pun tak pasti.. (haha)
- Gaya penulisan tidak menepati citarasa lelaki. Mungkin kena cuba guna teori surah Al Adiyat (kehebatan kuda diulas sampai lima ayat, lepas tu diikuti ancaman serba mengancam) atau teori surah Al Fil (kesan bombastik ‘bagai daun dimamah ulat’.. pergh!! metafora….).
- Kurang ‘Kesan istimewa’(special effect). Karya Tok Awang Ngah sedap lagi enak diulang baca.

sekadar berkongsi.
wassalam

Jiwa Rasa  on  03/01  at  02:02 AM

Cik Puan Ainon,

Kenapa hero sejarah Islam mesti diberi wajah orang tua? Berjambang putih, bermuka garang dan serius dan tidak mesra?

Hero barat pula sering dilakarkan sebagai berwajah muda, gagah dan tampan, tetapi terselit sifat humour dan romantis.

Firdaus  on  03/01  at  03:01 AM

Pultraman; Terima kasih atas cadangan untuk mengkaji Surah Al-Adiyat & Al-Fil.

Azrul bin Jaini  on  03/01  at  04:29 AM

Assalamualaikum Puan…

Sekadar perkongisan…

Sekali imbas pertama kali saya melihat kulit kedua-dua buku tersebu, pada pendapat peribadi saya, cover “Pengintip Kota Syam” lebih ‘mengancam’. Jikalau dilihat, askar berkuda ini bergaya sebagai seorang pahlawan. Minta maaf, secara peribadi saya kurang tertarik kepada cover buku “Penakluk Andalusia” kerana gambaran seorang yang berumur (mungkin secara zahirnya seorang tua bermakna kurang gagah daripada pahlawan muda).

Saya cadangkan supaya PTS membuat pemerhatian lebih lanjut mengenai pemakaian baju perisai tentera Islam. Pemerhatian saya daripada ilustrasi buku-buku sejarah tulisan Barat, tentera Islam dilakar dengan gaya yang gagah. Bukan setakat itu sahaja, bahkan penulis-penulis Barat memuji-muji akan disiplin, taktik dan teknologi yang dimiliki oleh tentera Islam. Satu aspek penting yang dimiliki oleh tentera Islam pada zaman dahulu ialah mereka mempunyai pelbagai “costume” baju perisai yang pelbagai dan menarik. Ini kerana tentera Islam mengalami asimilasi pelbagai budaya dan cara pemakaian juga turut berbeza-beza. Seingat saya, “costume ” tentera Islam lebih banyak terpengaruh kepada cara pemakaian baju perisai bangsa Parsi dan Asia Tengah ketika Perang Salib berlaku. Antara siri buku yang boleh dimanfaatkan ialah siri Osprey Book. Siri buku ini bukan sahaja membincangkan aspek ketenteraan tentera Islam, bahkan mempunyai ilustrasi unik yang menggambarkan keadaan sebenar berdasarkan kajian mereka. Maklumat boleh didapati daripda ospreypublishing.com. Siri buku ini boleh juga didapati di Kinokuniya ataupun BORDERS Time Square.

Maaf jika ada terkasar bahasa. Terima kasih. Wassalam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/01  at  05:19 AM

Salam ,

Tambahan.

Satu cara untuk menambat pembaca remaja lelaki dari design kulit buku ialah dengan mengikut cara design kulit kotak ‘game-game’ komputer/PS/Xbox juga anime2 jepun. Kadang-kadang ‘game’ atau animenya entah apa-apa tapi kualiti grafik pada kulit kotaknya membuat kita sungguh teruja sekali.

‘The challenge is to make the cover sooo good, that even the non-muslim would take a second look at it’

Maaf jika post sebelum ini agak sedikit ‘direct’. Waktu itu agak lewat tapi masih sangkut di ofis, baru habis kerja.

Amiene Rev  on  03/01  at  11:44 AM

Hm, saya bersetuju dengan idea Tuan Jiwa Rasa. Wajah yang tampan, atau sekurang-kurangnya memaparkan cahaya kebaikan dan keyakinan, boleh menimbulkan rasa memandang seorang ikon di kalangan remaja.

Begitu juga dengan pandangan Tuan Azrul, saya sangat-sangat bersetuju apabila pahlawan Islam dipakaikan kostum yang kelihatan segak dan bergaya seperti perisai dan sebagainya. Contohnya seperti pemakaian baju zirah dan topi besi bagi watak yang terpapar di kulit novel Hikayat Amir Hamzah.

Pandangan Tuan Pultraman juga bagus. Ini kerana kebanyakan remaja lelaki pasti tertarik dengan permainan video dan komputer. Kulit buku yang memanfaatkan daya tarikan yang ada pada rekabentuk watak atau kulit bungkusan atau kotak permainan video game boleh membantu menarik minat remaja lelaki.

Saya berpendapat, ketiga-tiga pandangan yang dikemukakan tersebut mampu menarik minat remaja lelaki.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.