Sunday, December 09, 2007

Dapatkah Pengarang Lokal Bersaing dengan Karya Terjemahan

Di mana-mana negara yang rakyatnya suka membaca, baik di Jepun, Korea, Amerika dan Eropah, pasaran buku terjemahan adalah besar.

Penerbit-penerbit terbesar pada peringkat antarabangsa secara automatik menghendaki supaya mereka diberi hak oleh pengarang bagi melesenkan buku-buku terbitan mereka ke dalam 43 bahasa-bahasa dunia. Sayangnya, Bahasa Indonesia termasuk dalam senarai itu, manakala Bahasa Melayu Malaysia tidak termasuk.

Kita meramalkan pasaran buku-buku terjemahan di Malaysia tetap akan diterokai dan dikembangkan, malah PTS komited mahu berada di barisan hadapan sekali dalam usaha ini. Kegagalan DBP menjual buku-buku terjemahannya tidak akan menakutkan PTS bagi melabur ke dalam pasaran ini disebabkan potensinya yang baik.

Kita sudah mula melabur dengan menerbitkan karya-karya terjemahan daripada Bahasa Indonesia, dan usaha ini akan terus dikembangkan setiap tahun, dengan menambahkan lagi judul-judul Indonesia yang di-Malaysia-kan.

Pada waktu yang sama PTS juga sudah berjaya membuka pasaran Indonesia bagi melesenkan buku-buku terbitan PTS.

Kebanjiran judul-judul terjemahan dalam pasaran tidak membahayakan jualan buku-buku karya tempatan apabila penulis-penulis kita dapat menghasilkan karya yang memenuhi keperluan pembaca tempatan. Segala macam maklumat lokal dapat dijual kepada pembaca lokal. Ini adalah kekuatan yang tidak terdapat dalam buku-buku dari luar.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Orang Makan Orang: Bagaimana Penerbit Menipu Pemegang Saham Previous entry: Apa Manfaatnya Bagi Nama Besar Menulis Novel Remaja
Hasbullah Pit  on  12/10  at  07:54 AM

“Penerbit-penerbit terbesar pada peringkat antarabangsa secara automatik menghendaki supaya mereka diberi hak oleh pengarang bagi melesenkan buku-buku terbitan mereka ke dalam 43 bahasa-bahasa dunia”

sesungguhnya itu adalah perkara sedih, adakalanya bahasa tersenarai itu dimiliki oleh negara yang jauh lebih rendah KDNKnya dari Malaysia.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/10  at  08:32 AM

Tuan Hasbullah,

Dalam isu bahasa, dunia kenal Bahasa Indonesia, tidak kenal Bahasa Malaysia. Banyak universiti mempunyai pusat pengajian Indonesia. Tidak ada mana-mana universiti yang mempunyai pusat pengajian Malaysia.

Kita negara kecil. Itu sebab kita perlu mempunyai mindset negara kecil. Kita mesti jadi macam rakyat Israel, macam Singapura, Norway, Denmark, Sweden, Holland, Switzerland, New Zealand….

Penerbit-penerbit Malaysia mesti fikir ekspot, ekspot, ekspot… sebab pasaran dalam negeri kita amat kecil.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: