Monday, July 31, 2006

Terjemahan: Gaya Klasik Lwn Gaya Moden

Apabila menterjemahkan karya yang ditulis 100 tahun yang lalu, seperti karya Sherlock Holmes, gaya bahasa dalam karya-karya itu sudah menjadi klasik pada masa ini.



Adakah terjemahan itu mesti dibuat menggunakan gaya bahasa Melayu klasik ataupun gaya bahasa Melayu moden?



Jawapannya: Gunakan bahasa Melayu moden.



100 tahun dahulu, Arthur Conan Doyle menulis menggunakan bahasa Inggeris moden dan kontemporari pada zamannya itu.



Karya Conan Doyle itu diterbitkan bersiri-siri dalam akhbar di London. Itulah gaya penulisan akhbar zaman itu.



Gaya moden 100 dahulu hendaklah diterjemahkan menjadi gaya moden kontemporari zaman ini. Bahasa moden Conan Doyle itu menjadi klasik 100 tahun kemudian, akibat fitrah perjalanan waktu, bukan pilihan sengaja Conan Doyle.



100 tahun dahulu, semasa Conan Doyle mengarang Sherlock Holmes, ayat-ayat yang panjang adalah gaya kontemporari dan moden bagi zaman itu.



Gaya bahasa tahun 2006 menggunakan ayat-ayat pendek. Tukar ayat-ayat Conan Doyle yang panjang dan berbelit-belit itu, yang menyebabkan orang tercungap-cungap membacanya sebelum berjumpa noktah, kepada ayat-ayat pendek dan ringkas.



Pada masa sekarang gaya bahasa asal Conan Doyle itu dilabelkan gaya bahasa klasik dan sudah tidak digunakan lagi oleh pengarang-pengarang zaman ini, malah menulis ayat-ayat yang panjang diaggap teknik penulisan yang 'salah'.




 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Terjemahan: Apa yang Dicari Previous entry: Bakat Begini yang Dicari!
Anonymous  on  08/01  at  12:15 AM

“If that is the case, I would prefer my usual cup of tea, Watson!”

“What would that be, Holmes?”

“Do you mean to say, you can’t remember, old pal? Hasn’t it been Earl Grey all along? And oh!....two sugars with a slice of lemon, please!”

“Very well, my good ole friend!”
——-

Roslili  on  08/01  at  05:43 AM

Asalamualaikum, Puan Ainon. Saya nak tahu, kalau bahasa klasik Sherlock Holmes dijadikan bahasa moden, macam mana pembaca nak tahu cerita2 itu berlaku lebih 100 tahun yang lalu?

thanaif  on  08/05  at  04:52 AM

Ayat panjang pendek terikat dgn sejarahnya yang tersendiri yang menjenuhkan bila ia dirakam berulang-ulang tanpa mahu beranjak demi masa depan yang lebih mendamaikan.

Ini abad 21 masih mahu serupa dengan abad WW1 WW2. Pengulas perakam masih dgn plan tindakan yg sama.Tiada suara keadilan maka mari dinginkan api membara bermain dengan masa.
Mata semakin kabur ketika berinteraksi dengan bahasa.

Bicara kata yang sakit perlu di sembuhkan, yang tersampuk di azan kan,pengaruh akan berkecai namun pengikut tetap akan di canai.
Musykil gelap minta di suluh.
Bahasa perusuh pendek singkat menyinggung yang rapuh berkecai. Jujur bukankah membawa barakah.

” Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu ( ini ).”

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.