Wednesday, July 26, 2006

Terjemahan: Menghasilkan Ayat-ayat Indah

Apabila saudara menulis ayat-ayat yang indah, dari manakah datangnya ayat-ayat yang indah itu?Jawapannya: Dari memori saudara.Manusia hanya dapat mengeluarkan ayat-ayat yang tersimpan dalam memorinya. Kita tidak akan dapat mencipta ayat-ayat yang belum pernah kita dengar ataupun baca.

Bagaimanakah kita mengisi memori dengan ayat-ayat yang indah? Dengan membaca, mendengar dan menyimpan ayat-ayat indah itu dalam peti ingatan.

Jika saudara banyak membaca sastera Inggeris, memori saudara penuh dengan ayat-ayat sastera Inggeris. Memori saudara kosong ayat-ayat indah sastera Melayu.

Dari tempayan yang berisi budu, hanya budu yang keluar, takkan keluar madu!

Syarat kedua menjadi penterjemah sastera bukanlah diploma ataupun pengalaman menterjemah untuk ITNM, ataupun banyak membaca sastera Inggeris, tetapi berapa banyak buku Sastera Melayu Tinggi yang saudara baca.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel Realiti Previous entry: Terjemahan: Betul Tetapi Salah

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.