Testimoni buku “Buat Duit dengan Menjual Pakaian”

Seorang rakan FB PTS yang bernama Cikpuan Ibtihaj Saian (foto) menulis: "Saya beli buku (Buat Duit dengan Menjual Pakaian) ini di PBAKL tahun lepas (2009), ia sangat bermanfaat untuk saya memulakan perniagaan."
PTS Professional Sdn. Bhd. sudah menerbitkan lebih 30 judul dalam siri "Buat Duit..." ini, dan semuanya diterima baik oleh pasaran.
Ciri utama siri ini adalah:
(i) Bisnes yang dipilih adalah jenis bisnes yang memerlukan modal kecil bagi memulakannya.
(ii) Ia menerangkan langkah-demi-langkah bagaimana bisnes itu dimulakan.
(iii) Ia juga merangkan risiko-risiko yang perlu dihadapi dan cara mengatasinya.
Sebagai contoh, bisnes menjual pakaian baru (bukan baju bundle) dapat dimulakan dengan modal sekecil RM500 ringgit sahaja. Buku karya Tuan Saat Sulaiman ini menerangkan semua aspek perniagaan menjual pakaian secara kecil-kecilan pada peringkat awalnya. Beliau sendiri sudah menjalankan bisnes ini selama 15 tahun.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment