Friday, June 25, 2010

Testimoni: Royalti dari PTS untuk Membantu Bapa dan Membayar Hutang

Assalamualaikum, Puan Ainon.

Semoga Puan Ainon sihat sejahtera.Saya amat terharu bercampur gembira kerana telah menerima sekeping cek bernilai RM5019.95 pagi ini. Ini cek pertama dari PTS Islamika yang saya kira amat berharga buat saya tahun ini. Cek-cek dari PTS Millennia dan PTS Pro belum diterima dan saya bakal menerimanya tidak lama lagi.

Saya ingin mengucapkan jutaan malah ucapan terima kasih ini tidak terhingga kepada Puan Ainon kerana telah melatih saya berkarya dengan PTS. Besar sungguh jasa Puan Ainon sehingga saya sendiri tidak dapat membalasnya.

Dengan titik peluh saya ini dapat saya bantu bapa di kampung dan membayar balik pinjaman pelajaran yang masih tertangguh. Saya berazam akan terus menulis dengan PTS kerana PTS merupakan sebuah syarikat yang telus dan jujur dengan saya.

Akhir kata, saya mohon ampun dan maaf kiranya terkasar bahasa. Saya doakan moga Puan dan Syarikat PTS terus maju dan terus melatih insan seperti saya bagi merealisasikan impian ”Memandaikan anak bangsa.” Sekian, terima kasih.

Nurasyikin Ahmad.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Eksperimen Gaya Berbahasa dalam 'Bara Cinta Canberra' Previous entry: Projek Menerbitkan Quran dalam Bahasa Iban

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: