Testimoni: Mengapa Saya Sangat Menyukai Novel-novel Indonesia
Assalamualaikum Puan Ainon,
Alhamdulillah, Sifu. Puan terus di persada dunia ilmu membimbing anak-anak Malaysia, terutamanya Melayu Islam supaya identiti Melayu Islam terus terpacu di jalan yang benar. Saya sentiasa doakan semoga pacuan Sifu, suami dan anak-anak buah di PTS semakin kencang bak pacuan kuda perang di medan jihad. Amin!
Sejak di bangku sekolah menengah, di universiti dan sehingga kini saya sudah membaca beberapa novel dari Indonesia, sama ada naskah asal dalam bahasa Indonesia atau yang sudah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Ternyata bahawa novel-novel negara jiran jauh lebih maju dalam membahaskan isu yang mahu diketengahkan.
Isunya lebih memandu minda dan dinarasikan secara ilmiah. Sungguhpun ianya fiksyen, namun para penulis dari sana lebih terbuka minda, berfikir dalam sudut yang agak lain dari majoriti penulis kita di Malaysia. Mangapa, Sifu?
"Wo Ai Ni, Allah" (Aku cinta Allah). Saya suka novel ini. Malah amat menyenanginya.
Salam ukhuwah dan perjuangan dari saya, seorang murid yang derhaka.
Web Sutera
(Nota: Tuan Web Sutera adalah lulusan sains komputer yang kini menjalankan bisnes Lusiana Catering.)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment