Wednesday, September 23, 2009

Testimonial Pembaca Face Book Tentang Novel-novel Sejarah Karya Abdul Latip Talib

Seorang rakan FB saya yang menggunakan nama Ani-za menulis komen:

Tahniah, En. Latip. Baru tadi, anak-anak saudara saya membeli 5 buah buku En. Latip di MPH Ipoh. Sengaja saya membawa mereka berjalan-jalan ke MPH.

Saya tidak sangka novel En. Latip terkenal dalam kalangan kawan-kawan mereka. Along (bersekolah di asrama Tahfiz di KL) mengatakan kawan-kawannya ada koleksi novel En. Latip.

Kakaknya (yang bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA), berkata ustazahnya dan kawan-kawannya pun sibuk bercerita tentang novel En. Latip tersebut.

Selepas ke MPH, kami ke pusat boling pula, sambil berjalan, anak-anak saudara saya membaca novel itu.

Di pusat boling, ketiga-tiga anak saudara saya itu asyik baca novel En Latip. Dahsyat juga tarikan novel En. Latip.

Saya pula, sudah booking hendak meminjam novel-novel tersebut. Insyaallah, saya akan rekomen kepada library di sekolah saya supaya membeli set novel En. Latip.

Seorang lagi rakan FB yang bernama Suzianee Omar Ramih pula menulis komen:

Tadi saya pergi mencari novel ini di Borders Tropicana City Mall. Saya mahu membelinya, hendak baca dan simpan sebagai koleksi tetapi tidak ada di sana. Sudah habis stok.

Saya suka novel keluaran Abdul Latip Talib ni... Best!

Semoga lebih banyak dan berjaya hasilkan buku-buku macam ini.

Nota: Tn. Abdul Latip Talib menuliskan novel-novel beliau menggunakan Teknik Surah Yusuf.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS akan Menjadi Penerbit Novel Terjemahan Paling Aktif Previous entry: Pengurus PTS Litera Berhari Raya ke Rumah Penulis
Riduan Khairi  on  09/24  at  01:53 AM

Salamualaikum.

Sifu dan pembaca UNIKA yang saya hormati,

Saya juga punya pengalaman yang sama. Baru semalam saya mengunjungi MPH Kinta City, Ipoh.

Rak buku-buku Melayu dikerumuni. Saya agak sukar untuk duduk lama-lama untuk memilih.

Seorang lelaki mencadangkan siri buku sahabat nabi tulisan Pak Latip, “Lebih baik baca kisah sahabat nabi dari membaca novel lain”, kepada isterinya.

Manakala buku Yakjuj Wa Makjuj dan Iskandar bukan Alexander paling lama dan ramai yang pegang dan belek.

Apa yang lebih menarik novel-novel cinta Islami (terbitan Pts dan penerbit lain juga) dibelek oleh remaja lelaki.

Saya terdengar, “Baca novel ini, aku sudah baca.Menarik ceritanya”. Seorang remaja lelaki merekomen kepada temannya yang juga lelaki.

cia  on  09/25  at  03:13 PM

semoga Allah memberkati PTS dan warganya serta keluarga mereka semua…..

Jeffri Rahman  on  04/06  at  07:08 AM

Acapkali saya singgah ke MPH untuk membeli majalah Digital Camera ataupun novel-novel dari pengarang yang saya minati. Tetapi terletak di satu sudut ‘Agama’ saya terlihat sebuah buku yg sarat dengan hasil tulisan Abdul Latip Talib. Yang pertama saya pandang ialah, Salahudin Ayubi, Penakluk Jerusalem. Tidak sempat untuk berfikir panjang saya terus membeli buku tersebut. Ternyata, mungkin ramai kalangan umat Islam yang tidak mengetahui para pejuang Islam sehingga kini. Teruskan usaha yang murni ini Encik Abdul Latip Talib!!

Hugo  on  10/13  at  04:22 AM

I agree that our children sholud be given a childhood. Be able to enjoy and play. But one must not forget that literacy and knowledge is the basis for progress. Not just for Singapore, but for the whole human race in general. If the syllabus in the Singapore education system is not of a certain standard, how else are we going to keep our next generation competitive in the global market? Learning sholud be fun, and one sholud instil in their children from young that the quest for knowledge sholud not be a painful one, but for the betterment of him/herself. It is the mindset and mentality that makes the difference!It is no use blaming the education system or the teachers for not doing their jobs without first doing some soul searching. Teaching and learning sholud first begin from home. Cultivating the right beliefs and values sholud start from the parents and grandparents. Are we cultivating the culture of learning from within the family? Or are we just pointing our fingers at others first whenever something goes wrong?I remembered my parents giving me spelling and made me recite my multiplication tables during my car rides to school. I was only in K1 then. In my primary school days, both my parents were working, and yet, my mother would always sit beside me and made sure I did my assessments and knew my work thoroughly before exams. I never had any tuition of any sort. Are parents still doing this these days? Or are they just relying on tuition and enrichment centres to do that for them?Teaching your own children sholud be fun and enriching. It can also be turned into positive bonding. It is how you approach it. I am still learning and trying out what works best for my child.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.