Saturday, December 27, 2008

Tidak Logik tetapi Benar-benar Berlaku di UPM

 

Minggu lalu Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) mengadakan mesyuarat agung tahunannya. Salah satu usul yang diluluskan adalah supaya PPM mengeluarkan kenyataan akhbar mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia segera membatalkan PPSMI (pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris).

Semasa membahaskan usul itu, seorang ahli PPM dan juga pensyarah sains di Universiti Putra Malaysia (UPM) melaporkan pengalaman beliau sebagai pensyarah sains.

Beliau menerima 2 aliran pelajar. Kumpulan (i) Mereka dari aliran lama yang belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu, dan Kumpulan (ii) Mereka dari aliran baru yang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. 

Dulu UPM menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Sekarang UPM menggunakan bahasa Inggeris.

Menurut beliau, prestasi pembelajaran Kumpulan (ii) menurun, yakni markah peperiksaan mereka lebih rendah.

Menurut beliau lagi, jumlah pelajar yang berjaya mendapat anugerah 'Dean's List' juga jatuh -  daripada 40 orang sebelumnya (semasa aliran bahasa Melayu) kepada 17 orang sahaja. 

Ini seperti tidak logik kerana bagaimana pula pelajar yang sudah belajar S&M dalam bahasa Inggeris di sekolah, dan kini belajar dalam bahasa Inggeris di UPM, semakin 'bodoh', padahal sepatutnya mereka mudah membaca buku-buku rujukan yang banyak dalam bahasa Inggeris.

Menurut pensyarah itu lagi, prestasi peperiksaan pelajar aliran Inggeris itu jatuh teruk adalah disebabkan kefahaman mereka tentang konsep-konsep sains adalah rendah berbanding dengan kefahaman pelajar-pelajar aliran Melayu yang dahulu. Walaupun mereka 'lulus' peperikaaan SPM dengan gred yang baik, oleh itu layak masuk UPM, tetapi sebenarnya pengetahuan sains mereka rendah.

Apa yang dilaporkan oleh pensyarah UPM itu mungkin membuktikan cakap-cakap bahawa KPM 'menurunkan' markah kelulusan dalam peperiksaan bagi 3 mata pelajaran (bahasa Inggeris, sains dan matematik) adalah benar. 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PPSMI Menentang Quran Previous entry: Profail Pelajar Yang Menjawab UPSR dalam Bahasa Inggeris
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/07  at  02:18 PM

satu pemikiran yang kuno .. dari upm sendiri.. publisiti murahan…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.