Tidak Mahu Baca
Seorang ibu kepada gadis 12 tahun memberitahu Sifu anak perempuannya peminat novel-novel remaja PTS ONE dan mempunyai koleksi yang bagus.
Pada suatu masa beliau membawa anaknya ke POPULAR bagi membeli buku baru. Beliau menunjukkan buku ini kepada anaknya, tetapi anaknya tidak mahu.
"Ini buku PTS ONE! Tentu sedap ceritanya!" kata si ibu.
Anaknya menggeleng-gelengkan kepala sambil memilih buku lain.
Kepada mentee-mentee Sifu, soalan tutorial hari ini: Apakah unsur pada kulit buku ini yang barangkali menyebabkan gadis kecil itu tidak berminat hendak membacanya?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Jika ditanya pada saya, saya tidak akan memilih buku yang bertajuk “Cinta” hehehe..
Mungkin gadis kecil itu tidak sukakan laksa menyebabkan dia tidak berminat membacanya.
Pada pendapat saya, kulit buku ini macam kulit buku masakan.
Saya sudah baca buku ini dan saya berikan kepada anak saudara yang berumur 14 tahun. Bagi saya, buku ini tidak sesuai untuk pelajar sekolah rendah.
Siti Hajar
Pada pandangan saya, kanak-kanak itu mesti teringatkan buku resepi ibunya apabila melihat kulit buku ini. Ya ia seperti kulit buku masakkan! Kalau jadikan ilustrasi kartun cantik juga dengan diletakkan bentuk hati di tengahnya, mungkin menarik. Warna kulit yang putih juga kurang menarik,Pucat sahaja
Saya fikir novel cinta ‘remaja’ lebih baik dipapar illustrasi hero kacak atau heroin jelita sebagai daya tarikan
Cover buku tu terlalu personal sifatnya, hanya orang dewasa mampu mentafsir maksudnya. Kalau buku untuk remaja gaya dia lain sikit, lagilah kalau tema cinta dan kasih sayang.
Tiada apa-apa yang salah dengan tajuknya yang amat menawan itu. Saiz buku itu pula bagaimana? Adakah mengikut standard buku ‘biasa’ atau kecil? Kalau kecil bila diletakkan di rak buku hilang dan sukar untuk di ‘shelves’ susah pula hendak di label.
Masa saya sekolah rendah dulu saya suka baca buku novel berat, darjah tiga pun dah baca “Pesisir Hitam”, “Jalur Sinar di celah daun”, “Tulang-tulang berselerakan”, Keluarga Gerilya dll. Ada perpustakaan bergerak di kampung saya.
Budak-budak sekarang baca apa ya? Sikit-sikit bosan dan malas. Kalau daripada awal baca novel berat pasti gaya penulisan mereka berbeza.
Pada pandangan saya,
Gambar sebenar makanan seolah-olah menggambarkan novel dewasa.
Mungkin kalau gambar laksa dan ubi itu dalam bentuk kartun, lebih menampakkan keanak-anakan.
Font OK, gambar original nampak serius, tak seimbang.
Melalui pengalaman saya sewaktu mengendalikan kedai buku sewaktu dulu, “Cover” sesebuah buku itu kadangkala memberi masalah apabila tajuk tidak selari dengan maksud tajuk buku tersebut. Bukan sahaja pelanggan keliru malahan kerap juga pekerja di kedai buku keliru hendak letak di mana buku yang ber"cover” begini.
Jika pekerja itu bijak dengan membaca sinopsis atau bahagian mana tempat yang sepatutnya diletakkan tidak menjadi masalah tetapi buat pekerja yang tidak memiliki sifat ingin tahu, pasti akan meletakkan buku tersebut di bahagian masakan dan ini kerapkali berlaku.
Jadi, pemilihan “cover” adalah penting bagi sesebuah tajuk itu kerana ia berkait rapat dengan psikologi pelanggan yang terbahagi kepada beberapa kategori iaitu kanak-kanak, ibu, bapa, golongan remaja atau pelajar dan juga golongan korporat.
Bagi kanak-kanak, mereka lebih suka “cover” yang “fancy” atau berwarna, manakala ibu pula lebih kepada sifat kewanitaannya, golongan remaja atau pelajar pula lebih kepada tema yang melambangkan identiti mereka dan untuk golongan korporat pula lebih mementingkan imej yang tinggi.
Font Horror + Cover realis + key warna ceria suam = ??
Laksa dan Ubi jika dipaparkan dalam gaya kartun mungkin jadi penarik, seperti watak M&M;dalam iklan TV
Judul Buku:
Cinta Laksa & Ubi menjadi judul buku ini. Perkataan laksa dan ubi itu barangkali ada tarikannya untuk kanak-kanak yang berusia 12 tahun itu, tetapi penggunaan perkataan cinta itu barangkali agak jauh dengan kebiasaan dan perilaku seorang kanak-kanak. Apatah lagi ibunya ada bersama. Judul Cinta Laksa & Ubi menimbulkan sedikit jurang, dan kanak-kanak berusia 12 tahun mungkin akan terfikir: “Cinta? Sesuaikah untuk saya? Sudah bersediakah saya untuk memikirkan soal cinta”.
Tulisan:
Dari segi tulisan, saya tidak nampak apa-apa masalah yang ketara, cuma ruang yang diambilnya agak banyak sehinga meminggirkan imej. Keadaan ini menimbulkan keadaan kurang seimbang. Perkara ini boleh dirawat dengan menggunakan latar belakang imej berwarna lembut dan menarik dengan corak (sama ada objek besar atau kecil:) yang berulang-ulang. Konsep ini banyak digunakan di restauran-restauran makanan barat (mematuhi prinsip rekaan).
Tagline:
Tagline yang digunakan tidak memiliki daya penarik yang kuat dan tidak mesra pembaca; kelihatan dingin. Anak-anak remaja selalunya tidak berminat dengan sesuatu yang dingin atau privasi.
Tafsiran peribadi saya menganggap Laksa dan Ubi mungkin dua watak yang berkenalan menerusi internet. Novel ini mungkin mengisahkan mengenai gejala cinta siber di kalangan anak-anak remaja. Jika benar begitu, maka imej yang paling sesuai adalah papan kekunci, laptop atau apa-apa peralatan komputer.
Imej:
Imej yang digunakan adalah objek sebenar laksa dan ubi rebus. Kedua-dua imej ini diletakkan dalam keadaan terpinggir di bahagian atas. Berdasarkan struktur reka letak secara segitiga, imej yang mewakili judul buku ini terletak pada bahagian yang terpinggir, lalu menimbulkan perasaan tidak mesra, seolah-olah menjauhkan diri daripada bakal-bakal pembeli.
Namun anak panah telah digunakan untuk memancing pandangan mata pembaca ke arah dua imej tersebut.
Bilangan ubi rebus pula agak banyak, begitu juga laksa tidak diletakkan dalam mangkuk yang comel. Sekiranya ubi rebus dan laksa disusun atau disediakan dalam keadaan yang menunjukkan kecomelan, novel ini pasti akan ada tarikannya. Contohnya, mangkuk laksa kecil berwarna (selain putih) dengan gambar kartun, dengan susunan jalur-jalur laksa, kuah dan potongan telur atau sayur yang kelihatan segar atau seketul ubi rebus yang masih panas, dipotong kemas, montel dan disusun dalam piring berwarna, mewuudkan keadaan yang tampak menyelerakan.
Imej yang digunakan untuk buku novel kanak-kanak atau remaja mestilah memiliki sifat-sifat popular, mesra, ego atau memberontak, dan pada masa yang sama kelihatan comel dan seolah-olah menyampaikan mesej “Saya mahukan perhatian” atau “Sayangilah saya”. Cara ini akan menghasilkan kulit buku yang menimbulkan perasaan dekat di hati kanak-kanak atau awal remaja.
Lebih menarik, sekiranya ubi rebus dan laksa digambarkan sebagai benda hidup, memiliki jiwa dan perasaan.
Logo:
Seperti biasa, PTS One memang sangat dikenali sebagai penerbit novel kanak-kanak. Saya berpendapat PTS One sebagai syarikat gergasi Microsoft yang mengungguli produktiviti novel kanak-kanak. Ini boleh dibuktikan berdasarkan pendapat peribadi ibu kepada kanak-kanak tersebut. Walau bagaimana pun, kanak-kanak tersebut barangkali tidak ambil tahu hal ini dan usianya pun baru 12 tahun.
Berdasarkan analisis ini, imej dan warna merupakan dua faktor paling dominan dalam memancing niat memiliki sesebuah buku di kalangan kanak-kanak. Imej yang comel dengan warna yang menarik merupakan dua perkara penting ditujukan terhadap golongan kanak-kanak.
Logo PTS One pula, merupakan faktor yang memudahkan pembeli dewasa memahami fokus dan isi kandungan buku ini.
Warna:
Warna merah dan hijau kalimantang yang digunakan adalah melanggar prinsip penggunaan warna dalam rekabentuk. Warna hijau kalimantang yang lebih mirip kepada sisa radiasi dan merah terang yang dipadankan pula dengan warna merah menimbulkan perasaan tidak enak.
Warna biru cerah yang menjadi alas kedua-dua makanan tersebut pula, sekali lagi kontra dengan warna judul buku yang berwarna merah.
Kulit buku ini boleh diperbaiki lagi dengan penambahan warna yang lain antara kedua-dua warna tersebut (ikut susunan warna pelangi).
Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa penggunaan warna untuk kulit buku ini tidak harmoni dan pucat.
Nama penulis:
Warna hijau kalimantang yang cerah dengan latar belakang putih tidak menyerlahkan fokus terhadap nama penulis. Warna hijau seperti ini sesuai untuk latar belakang yang gelap.
Faktor pemilihan warna yang tidak bertenaga, susunan dan pemilihan imej yang kurang comel dan tidak mesra (hidup) barangkali merupakan dua faktor kenapa kanak-kanak tersebut tidak berminat untuk membeli buku ini.
Asalamualaikum, Puan Sifu.
Tekaan saya:
Perkataan ‘cinta’ pada kulit buku mengingatkan gadis 12 tahun itu kepada kumpulan gadis sebaya di sekolah yang dia anggap gedik kerana sudah minat bercinta walaupun masih di sekolah rendah. Tidak memiliki buku itu adalah protes dan satu pernyataan bahawa dia tidak termasuk dalam kumpulan tersebut.
Pendek kata, gadis 12 tahun itu dalam berada dalam mode anti-couple atau anti-bercinta pada masa sekarang. Jadi apa-apa bertemakan cinta (buku, filem, lagu) semuanya ditolak.
Pendapat ini berdasarkan cerita-cerita sekolah adik ipar perempuan saya. Hehehe..
1. Font tajuk (Warna merah seperti gambaran darah dalam cerita seram)
2. Warna font penulis- tenggelam dalam latar cerah. Setuju dengan Amiene Rev
Buku “Sahabat Kole Kacang” rasanya laris di pasaran, adakah saya betul? Barangkali perkataan “Sahabat” lebih dekat berbanding “Cinta”.
Laksa = Pedas dan berbawang.
Ubi = Tawar, berkanji dan berkelapa.
Rasa-rasanya, itu bukan citarasa kanak-kanak.
Pada pendapat saya, cover buku ini tidak ‘catchy’ atau menarik bagi budak yang berusia 12 tahun.
Kedua, tajuk buku ini memerlukan penafsiran dan tajuk seperti itu kurang menarik. Bayangkan budak itu melihat pemilihan kata Cinta+LAksa+Ubi, kelihatan seperti tidak relevan.
Mohon maaf tetapi saya berasa cover dan tajuk buku ini agak ‘tawar’ dan jika fokus penjual adalah kepada kanak-kanak 12 tahun, perlulah dilakukan sesuatu. Bayangkan saja apa yang mahu dibaca oleh seseorang yang baru meniti usia remaja….
assalamu’alaikum
Sifu,
Pada pendapat saya buku ni tidak nampak menarik khususnya kepada kanak-kanak kerana gambar laksa dalam mangkuk dan ubi dalam pinggan. Saya juga setuju ‘font’ tajuk buku tu tak berapa padan dengan tajuknya.
sekadar memberi pendapat…mesti penat pereka grafik/muka depan buku ni. Semoga menerima teguran dan kritikan dengan proaktif
Saya hendak tengok hasil kover rekaan encik Amiene Rev. Silalah kemukakan rekabentuk (sketch ataupun rekabentuk lengkap) yang ‘ideal’ bagi menggantikan yang sedia ada.
terima kasih
(yang memerhatikan orang pandai menulis tapi ...)
Quote Akira: (yang memerhatikan orang pandai menulis tapi ...)
Akira, tindakan tidak wajar anda telah dimaklumkan kepada pihak atasan. tunggulah surat saman sampai ke rumah anda ya? Sifu PTS beri tugasan tutorial untuk mentee-menteenya dan anda pula seolah-olah mencari pasal di sini dengan mencabar mentee-menteenya pula.
pembulian secara siber anda telah menyebabkan mentee-mentee lain tidak berani menulis jawapan untuk tugasan seterusnya.
anda perlu diheret ke mahkamah atas kesalahan jenayah melakukan pembulian siber.
laporan polis akan dibuat sekiranya anda tidak memohon maaf kepada semua mentee-mentee yang ada di sini.
Maafkan saya andaikata kamu rasa terbuli. Hanya orang yang mengalami ‘inferiority complex syndrom’ (ah, betulkah istilah ini?) merasakan dirinya terbuli bila diminta menjelaskan isi bicaranya.
Ya, maafkan saya. Sila naiktaraf minda anda ya :D.
kan bagus meminta maaf. lain kali jangan buat lagi ya, Akira? kita semua tahu bagaimana awak membuli Pezul. kasihan Pezul. sampai dia marah-marah hendak cari awak. kisah dulu-dulu. rekod awak tak baik di sini.
kalau awak buat lagi, tak ada maaf bagimu.
awak ni siapa sebenarnya akira? sebab awaklah, mentee-mentee yang lain tak mahu bagi komen untuk soalan seterusnya.
adakah awak ini musuh ketat PTS? atau awak ini orang yang diupah untuk mensabotaj PTS?
saya rasa semua mentee di sini telah mengeluarkan pandangan masing-masing untuk membantu designer di sini, kecuali awak seorang saja yang buat sering buat kacau.
siapa awak ni akira? kalau niat awak hendak mengenakan PTS, lebih baik awak beredar dari sini sebab tindakan awak itu berdosa dan kalau-kalau. mentee-mentee lain dah tak nak bagi ulasan dekat soalan lain dan saya rasa sungguh tidak seronok dengan keadaan ini.
designer PTS rugi sebab tak dapat input dari pengunjung.
saya menegur awak ni sebab saya rasa tindakan awak ni salah, akira. rekod awak tidak baik di sini, kalau awak masih nak mensabotaj PTS, lebih baik awak pergi.
mentee-mentee sekalian, marilah tinggalkan komen, tak usah takut dengan akira. apa yang akira cakap tidak betul.
sebenarnya komen-komen mentee-mentee semua inilah yang akan membantu designer-designer PTS bertambah maju. jangan pedulikan pandangan akira. designer-designer mengharapkan komen anda semua.
Post a comment