Tiga Kali Khatam
Kita menerima laporan daripada seorang ibu yang menghadiahkan novel ini kepada anak remaja lelaki yang berusia 19 tahun, bahawa sang anak itu 3 kali 'khatam' membaca novel ini dalam masa 1 minggu.Kes ini membuktikan bahawa sejarah yang ditulis semula secara kreatif dapat membangkitkan minat generasi muda membacanya dengan sepenuh hati.
Kita juga menerima laporan seorang ayah bahawa anak lelakinya yang berusia 10 tahun selesai membaca novel ini dalam masa 2 hari.
Saya pinjamkan naskhah saya kepada tukang kebun Indon yang menjaga taman seorang jutawan di Janda Baik. Isteri Pak Indon itu membantu menjaga rumah saya.
Saya pinjamkan novel itu kepadanya pagi, petang dia sudah datang dan bersungguh-sungguh dia menceritakan kehebatan sifat-sifat mulia Sultan Salahuddin kepada saya... (Apa dia fikir saya belum baca!) "Sultan Salahuddin mati meninggalkan uang 4 dinar sahaja!" katanya.
Demikianlah kehebatan karya Abdul Latip Talib ini.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sudah membaca keempat-empat siri sejarah Islam ini. Sangat menarik. Menghabiskan keempat-empat buku dalam masa satu hari, daripada pagi hingga malam. Antara 4 buku ini yang menarik perhatian ialah Ikramah.
——-
Assalamualaikum wbt…
Terima kasih Puan Ainon
Terima kasih Saudara Abdul Latip
Sejarah yang ditulis dalam bentuk kreatif ini memang memikat hati. Dakwah secara begini menusuk sanubari.
Saya baru sempat membaca Ikramah ; Penentang Jadi Pembela.
Hmmm. Terharu. Tahniah.
Terima kasih Pn kerana memberi berita tentang kisah tersebut.
Pada sangkaan saya, berita yang Pn tulis itu telah menarik minat Ibnurabi, Mas dan Riduan untuk turut berkongsi cerita pengalaman masing-masing membaca buku tersebut.
Ia adalah kaedah yang tepat untuk juga menarik saya turut mahu membaca buku ini.
Mungkin apa yang disuarakan oleh Ibnurabi, Mas dan Riduan itu, apa yang dikatakan pemasaran dari satu mulut ke mulut yang lain; kaedah yang amat berkesan untuk mempengaruhi orang lain untuk turut membaca.
Pn, adakah ini juga maksud ‘buah mulut’?
Buku-buku PTS selepas saya baca, saya akan beli satu naskah lagi untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan yang sesuai.
Saya gembira membeli dan membaca buku-buku bagus yang diterbitkan PTS. Terima kasih.
Jangan baca buku PTS sahaja, itu tidak cukup, mesti tulis buku untuk diterbitkan oleh PTS, barulah cukup. Mana buku karya saudara?
Saya yang masih belum khatam!
Saya masih belum membeli buku-buku siri ini. Semakin dewasa, semakin saya malas membaca. Lebih-lebih lagi asyik dilontar dan ditarik bos antara Alor Setar dan Bangi. Apabila membaca artikel ini, lantas terdetik di fikiran, “anak remaja dan tukang kebun pun sudah membacanya”. Membaca blog ini sesungguhnya dapat mempertingkatkan minat saya membeli dan membaca buku
Post a comment