Tim Pejuang Tanpa Nama PTS
Inilah antara wajah-wajah pasukan petugas PTS yang paling berat kerja mereka.
Merekalah yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja packing dan shipping bertan-tan buku buku setiap hari. Tengok sahajalah otot-otot tangan "Encik T-shirt Biru" itu!
Di PTS, hanya tim ini sahaja yang bekerja dalam keadaan tanpa pendingin hawa. (Itu pun mereka masih bisa ketawa.)
Pada saat ini mereka dapat memproses penghantaran kargo buku bernilai antara RM60 - RM70 ribu sehari!
Luar biasa, mereka dapat mengingati di mana lokasi setiap judul diletakkan pada rak-rak yang setinggi 6 tingkat, sedangkan terdapat lebih 800 judul.
Daya ingatan itulah yang kritikal peranannya dalam kerja-kerja packing dan shipping. Kalau tidak ingat, banyak waktu dan tenaga digunakan turun-naik tangga bagi mencari-cari di mana buku yang dicari.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Terima kasih kepada Tuan-Tuan yang banyak membantu membawa karya penulis kepada khayalak. Tanpa mereka ini, penulis pun tidak akan ke mana.
Semoga Allah terus memberikan ketenangan, kegembiraan dan kesihatan serta rezeki yang melimpah ruah di dunia dan akhirat.
Terima kasih sekali lagi.
ZAMRI MOHAMAD
Puan, agak-agaknya nanti penulis-penulis pun kena turun jenguk proses bagaimana buku mereka diproses dalam kilang PTS.
Macam mana Tuan Shamsuddin Kadir jom pakat-pakat!
Sekalung terima kasih atas semangat dan kegigihanmereka memandaikan bangsa!
Mr April
Hebat, hebat. Saya juga ingin mempunyai daya ingatan seperti mereka. Tetapi…
Apapun, tahniah, walaupun dua buku saya masih belum terbit lagi
Post a comment