Monday, April 03, 2006

Tindakan KDN Merampas Quran Terbitan Mesir dan Saudi Arab Memalukan

Antara penyewa booth di pesta buku adalah pempamer dari Mesir yang mempamerkan buku-buku agama dalam bahasa Arab, termasuk kitab al-Quran terbitan Mesir dan Saudi Arab.


Pegawai-pegawai KDN telah datang dan merampas kitab-kitab al-Quran itu di depan khalayak ramai, sedang pesta berjalan penuh sesak dan meriah sekali. Tahniah atas keefisienan pegawai-pegawai KDN menjalankan tanggungjawab mereka memastikan peraturan dan undang-undang negara kita dipatuhi oleh semua pempamer di pesta buku.


Kita difahamkan naskhah-naskhah al-Quran yang dipamerkan itu mempunyai cop kelulusan daripada pihak al-Azhar dan pihak berwajib di Saudi Arab.


Sebagai rakan pempamer dalam pesta buku itu, dan sebagai anggota IKATAN, kita membayangkan peserta dari Mesir itu tidak akan diam sahaja dan tutup mulut apabila mereka pulang ke negara mereka.


Tentu sekali mereka akan mengadukan peristiwa itu ke persatuan mereka, dan tidak mustahil ia diadukan ke al-Azhar, ke jabatan berkaitan di Saudi Arab dan ke media massa di sana.


Kita mahu menjadikan pesta buku kita betul-betul ANTARABANGSA, dengan maksud makin ramai peserta luar negara datang mempamerkan buku-buku terbitan luar negara. Dengan cara ini, penerbit Malaysia yang tidak mampu ke pesta buku Frankfurt berpeluang melesenkan harta intelek kita kepada penerbit-penerbit antarabangsa.


Gosip yang kita dengar mengatakan, pegawai-pegawai KDN itu membuat rampasan tersebut disebabkan mereka tidak percaya kepada mutu kerja penyemakan yang dibuat oleh al-Azhar dan Saudi Arab dibandingkan dengan mutu kerja ustaz-ustaz Malaysia yang semuanya dilantik sebagai penyemak free-lance sahaja oleh KDN sendiri.


Gosip yang kita dengar pula, TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN, terbitan JAKIM, yang diluluskan oleh KDN, diharamkan bagi diimpot dan dijual di Brunei atas alasan pihak jabatan mufti negara itu menjumpai banyak kesilapan di dalamnya.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Bisnes Hit Previous entry: Perbualan dengan En. Norden Mohamed
SaudagarMimpi  on  04/03  at  09:50 AM

Majalah dedah-dedah yang diterbitkan di Malaysia tidak pula dirampas ye…KDN..KDN..Kesemua
                Dah
                Nyanyok
——-

The Interviewer  on  04/03  at  10:35 AM

Ini bukan iklan tetapi untuk memanjangkan perbincangan. Saya pun ada cerita tentang KDN di pesta buku hari itu di garam gula.

cill  on  04/03  at  10:43 PM

kata kdn, “Quran mana boleh terbit daripada kertas recycle. Ini merendahkan martabat Quran.”

tertanya-tanya saya, maju ke mana kita ini.

Faisal Tehrani  on  04/04  at  08:00 AM

Salam,
Kalau betul kdn nak tinggikan martabat Quran, laksanakan apa Quran dan hadis suruh.Aspek negara baik, aspek anak bini baik.
Baru betul.

ibnurabi  on  04/07  at  05:38 PM

Quran takda ‘cop’ HARAM dijual. itulah kata-kata pegawai kdn ketika merampas Quran daripada salah sebuah booth tempoh hari. kena ada cop HALAL kalau nak jual Quran.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: