Monday, April 05, 2010

Tindakan yang Boleh Diambil Terhadap Pencuri Hakcipta

Katakanlah ada ayat-ayat dalam buku kita dicuri orang, maksudnya ayat-ayat dalam buku kita itu disalin oleh orang lain lalu diterbitkannya dalam artikel ataupun buku karangan si pencuri.

Apakah tindakan yang dapat dilakukan?

Di sisi undang-undang kita mempunyai beberapa pilihan:

1. Membuat laporan polis. Perbuatan mencuri hakcipta adalah jenayah mencuri, serupa seperti jenayah mencuri harta orang lain.

Apabila kita bawa kes kita kepada pihak polis, maka si pencuri itu akan dibicarakan di bawah undang-undang kanun kesiksaan. Apabila sabit kesalahan, dia dihukum sebagaimana kes pencurian yang biasa.

Pilihan ini bukan pilihan popular disebabkan kita tidak mendapat apa-apa gantirugi.

2. Mengambil tindakan sivil. Dalam kes ini kita boleh ambil peguam bagi membawa kes kita ke mahkamah sivil.

Apabila terbukti, kita boleh memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan si pencuri membayar pelbagai macam gantirugi. Kelemahan pilihan ini adalah kos guaman yang tinggi, di mana lazimnya penulis tidak mampu membiayai kos itu.

3. Meminta penerbit buku kita supaya mengambil tindakan sivil. Penerbit buku kita berhak membawa kes tuntutan sivil disebabkan kita mempunyai perjanjian penerbitan dengan penerbit.

Apabila karya kita dicuri orang, penerbit itu turut menanggung kerugian. Kelebihan apabila tindakan sivil dibuat oleh penerbit adalah, lazimnya syarikat mempunyai sumber kewangan yang lebih besar daripada penulis, oleh itu penerbit mampu membiayai kos guaman.

Apabila penulis yang membuat tuntutan, pampasan dibayar kepada penulis, dan apabila penerbit yang membuat tuntutan, pampasan dibayar kepada penerbit.

4. Laporkan kepada majikan si pencuri. Tidak ada majikan yang suka ada pencuri hakcipta di kalangan kakitangan mereka.

5. Laporkan kepada persatuan. Si pencuri mungkin menjadi anggota persatuan. Tidak ada persatuan yang suka anggotanya terlibat dengan perbuatan mencuri hakcipta.

Nota tambahan: Jika pencuri itu bukan orang yang mampu membayar pampasan besar, lebih baik ambil tindakan jenayah, bukan sivil. Biar polis yang menguruskan kes itu di bawah kanun keseksaan, di mana hukuman mandatori jenayah curi adalah penjara.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Perbuatan Plagiat Ditegah dalam Islam Previous entry: Pensyarah Universiti Putra Malaysia Melakukan Plagiat

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.