Tip Survival Penerbit Buku: Mengapa Mesti Menerbitkan Fiksyen Popular untuk Perempuan
![]()
![]()
Trend pasaran buku di seluruh dunia menunjukkan 80% buku bacaan umum (tradebooks) yang terjual adalah kategori fiksyen. Hanya 20% sahaja kategori bukan fiksyen. Fakta ini membawa implikasi serius kepada penerbit komersial yakni, demi survival, penerbit terpaksa menerbitkan buku-buku fiksyen.
Daripada semua kategori fiksyen yang terjual itu pula, 80% adalah dibeli oleh perempuan! Inilah sebabnya penerbit novel-novel perempuan dapat hidup kayaraya tanpa menerbitkan kategori lain.
Justeru, jika penerbit komersial seperti PTS yang menerbitkan pelbagai kategori buku mahu survive, kita terpaksa juga menerbitkan fiksyen-fiksyen yang ditargetkan khusus kepada pasaran perempuan.
Kejayaan menerbitkan kategori fiksyen perempuan memerlukan pengetahuan berkenaan jenis-jenis fiksyen yang diminati oleh perempuan. Tidak semua kategori fiksyen dibeli oleh perempuan.
Fiksyen karya sastera yang berat-berat tidak dibeli oleh perempuan. Karya sastera berat hanya dibeli oleh peminat sastera berat, baik lelaki mahupun perempuan, manakala jumlah mereka amat kecil, tidak dapat menjamin survival penerbit.
Sektor fiksyen perempuan yang paling besar adalah sektor novel cinta. Sampai bila-bila pun novel cinta menjadi kegemaran perempuan. Pasaran novel cinta adalah ibarat telaga yang tidak ada dasarnya. Berapa banyak pun judul novel cinta yang sudah diterbitkan, mereka tetap mahukan lebih banyak judul baru diterbitkan....
Keuntungan yang diperoleh daripada jualan fiksyen perempuan itulah yang akan digunakan bagi membiayai penerbitan buku-buku kategori bukan fiksyen, yang jualannya kecil. Strategi ini disebut cross-publishing, yakni menggunakan keuntungan jualan daripada buku-buku lain bagi membiayai penerbitan buku-buku lain.
Penerbitan karya sastera berat terpaksa ditanggung oleh jualan novel-novel cinta popular. Realiti inilah yang menyebabkan setiap bulan PTS menerbitkan lebih banyak fiksyen perempuan daripada kategori lain. Hanya sahaja fiksyen popular terbitan PTS adalah syariah-compliant.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Ainon,
Saya sedang berfikir bagaimana membawa karya cinta popular yang sedang hangat ini menjadi makanan harian untuk orang lelaki juga.
Wassalam
Tuan Syafiq,
Jika tuan sudah mendapat formula itu…. saya ibarat kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan!
Salam
80% Buku yang dibeli adalah buku fiksyen
80% Pembeli buku adalah wanita
80% Pembeli wanita akan membeli buku karangan wanita
Hmmm .... saya telah mempunyai nama wanita untuk buku fiksyen saya seterusnya. Sedang buat branding sekarang.
Tuan MBA-San,
Hehehe…. Tuan memang mempunyai bakat bercerita. Dari dahulu saya sudah nampak!
Post a comment