Tip Bercakap dalam Acara Book-Talk: Cuba Menjual Gerudi kepada Orang yang Mahukan Lubang
Apabila saudara diundang bercakap dalam majlis Book-talk, ingat pepatah dalam dunia bisnes ini: Pelanggan saudara bukannya mahukan batang gerudi sepanjang 1 meter. Dia mahukan lubang sedalam 1 meter.
Prinsip di atas sangat penting diingat oleh semua bisnesman. Penulis adalah bisnesman!
Apabila kita diminta bercakap berkenaan buku kita sendiri, jangan memuji-muji buku kita itu. Jangan sibuk bercakap tentang isi kandungan buku kita dan segala ciri-ciri yang bagus-bagus dalam buku itu. Perbuatan itu serupalah dengan kita menerangkan ciri-ciri terbaik pada gerudi kita.
Ingat, orang yang mendengar kita bercakap itu bukannya mahukan gerudi. Dia mahukan lubang!
Bercakaplah tentang apa yang orang mahu dengar.
Dua orang penulis PTS yang amat mahir bercakap di depan khalayak dengan tujuan mempromosi buku mereka adalah Dr. Danial Zainal Abidin dan YM Dr. Tengku Asmadi.
Apabila mereka bercakap, sedikit pun mereka tidak menyentuh buku mereka. Namun, selesai bercakap orang berebut-rebut membeli buku mereka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment