Tip Bisnes dari Orang Lama untuk Orang Baru dalam Bidang Training
Yang Mulia Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad sudah 15 tahun bergiat dan survive-well dalam pasaran terbuka industri motivasi.
Beliau memberitahu Sifu salah satu prinsip bisnes yang diamalkannya adalah, apabila ada pelanggan beliau yang meminta beliau menjalankan training bagi bidang yang bukan bidang beliau, ataupun pada tarikh itu beliau sudah terikat dengan program lain, maka beliau akan pass-kan rezeki itu kepada rakan lain.
Bukan itu sahaja, tetapi beliau tidak akan meminta komisen 10% ataupun 20% daripada rakan yang menerima rezeki itu, sebagaimana yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang bisnes.
Kepada mentee-mentee Sifu: Apakah kelebihan prinsip bisnes yang diamalkan oleh YM Dr. Tengku Asmadi itu?
Foto: Dr. Tengku Asmadi (duduk di kepala meja) membelanja penulis-trainer PTS makan tengah hari selepas suatu perjumpaan.
Dari kiri ke kanan: Tuan Shamsuddin Abd. Kadir, Puan Norlela Zubir, Puan Chairman PTS, Tuan Fauzul Naim Ishak, Dr. Tengku Asmadi, Tuan Zamri Mohamed, Tuan Sabtu M.A. dan Tuan Ahmad Fadzli Yusof.
Tidak dapat ikut serta dalam majlis itu adalah Tuan Osman Affan dan Tuan Amin Idris.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum puan,
Yang jelas, prinsip bisnes yang diamalkan oleh Dr. Tengku Asmadi itu:
1. Mengundang berkat dalam bisnes - kerana kita telah menunaikan hajat dan harapan orang lain (penganjur), juga memudahkan orang itu (tak perlu dia sendiri cari motivator lain), dan mengagihkan rahmat Allah dalam bentuk rezeki sama ada rezeki berbentuk pendapatan yang akan diperolehi oleh rakan seperjuangan dari khidmat motivasi yang diberi atau dalam bentuk penyampaian motivasi itu sendiri (rahmat kepada peserta).
2. Keuntungan nama baik - apabila kita dapat memastikan rakan yang kita pass-kan rezeki itu memang berkredibiliti, kita juga yang dpat tumpang nama baiknya dan akan jadi sumber rujukan akan datang.
3. Membanyakkan kawan dalam bisnes - semestinya rakan tadi akan berterima kasih dan jika beliau sendiri menghadapi situasi seperti kita, dia juga tidak akan teragak-agak untuk pass-kan rezeki kepada kita.
4. Siapa bermurah hati memberi, dia akan banyak menerima. Macam amalan yang Sifu praktikkan. Ini sunnah alam yang memang sudah Allah aturkan.
Wassalam
Post a comment