Monday, November 05, 2007

Pesan Buat Rakan Penerbit: Bagaimana Kontraktor Buku Menipu Kerajaan

Setiap tahun, setiap hujung tahun, macam-macam tender projek pembelian buku oleh kerajaan akan dilaksanakan.

Barangkali, dalam komuniti orang bisnes, golongan kontraktor projek-projek kerajaan adalah yang paling rendah etika bisnesnya.

Ambil sahaja sebagai contoh dalam kes perbekalan buku untuk pelbagai projek perpustakaan, umpamanya projek perpustakaan KEMAS (Kemajuan Masyarakat).

Jabatan Kemajuan Masyarakat mempunyai 800 tadika KEMAS di seluruh negara. Setiap tahun KEMAS mempunyai peruntukan buat membeli buku-buku bagi kegunaan guru-guru dan kanak-kanak tadika KEMAS.

Pegawai-pegawai KEMAS memilih buku-buku yang berkualiti, kemudian KEMAS melantik kontraktor bagi membekalkan buku-buku itu.

Apakah yang mungkin dilakukan oleh kontraktor?

Kontraktor itu memberitahu pegawai KEMAS, buku ini, ini, ini, dan ini, dan ini, dan ini... sudah tidak ada lagi. Kononnya penerbit buku-buku itu sudah tutup bisnes, sudah tidak dapat dihubungi lagi... jadi buku-buku itu tidak dapat dibekalkan. Kemudian, kontraktor mencadangkan buku-buku lain bagi menggantikan buku-buku itu.

Pegawai KEMAS yang lurus dan bersangka baik itu pun percaya sahaja cakap kontraktor itu. 

Buku-buku apa, dan buku-buku siapakah yang dicadangkan kepada pegawai KEMAS itu?

(a) Buku-buku terbitan kontraktor itu sendiri, yang tadinya tidak layak dipilih oleh KEMAS.

(b) Buku-buku penerbit "cap ayam" yang sanggup memberi 70% diskaun kepada kontraktor itu, ataupun kedua-duanya sekali.

Jika saudara seorang penerbit, ini pesanan Sifu:

Apabila sahaja buku saudara dipilih oleh KEMAS, cepat-cepat tulis surat kepada Pengarah KEMAS dan berjanji bahawa saudara akan membekalkan judul-judul itu dengan kualiti yang baik dan tepat pada waktunya. Dengan demikian, mana-mana kontraktor yang diberi tender perbekalan nanti tidak dapat hendak menipu pegawai KEMAS yang lurus-lurus dan baik sangka itu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kontrak PNM: Pesan Buat Penulis VIP Previous entry: Gosip Industri: Penerbit 'well-connected' akan Diberikan Projek PPK
Siti Hajar  on  11/05  at  12:37 PM

Salam Puan,

Entri ini mengingatkan saya kepada perbualan dengan seorang penulis skrip di ASWARA semalam.

Beliau telah menceritakan bagaimana beliau menyelesaikan masalah karyanya diplagiat oleh penerbit drama atau dokumentari.

Beliau menasihatkan, apabila kita mendapati karya kita, dalam hal ini, skrip, ditayangkan di televisyen tetapi telah ditukar nama penulisnya, buat laporan polis.

Setelah itu, buat salinan laporan polis dan hantar ke RTM (bahagian yang menguruskan pembelian rancangan). RTM akan menghubungi penerbit dan kita akan terima bayaran daripada penerbit.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/01  at  01:41 AM

Assalamualaikum,
Saya salah-seorang pegawai KEMAS. Terima kasih di atas informasi. Sekiranya dakwaan di atas benar, adalah lebih baik dibincangkan terus dengan Bahagian Kurikulum & Naziran, KEMAS.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: