Tuesday, October 20, 2009

Tip dari Brian Tracy: Apabila Pelanggan Membeli ataupunTidak Mahu Membeli, Itu adalah Maklumbalas

Menurut Brian Tracy, kajian di US menunjukkan bahawa setiap tahun seorang daripada 3 jurujual akan keluar meninggalkan bidang kerjaya itu.

Punca utamanya adalah jiwa mereka tidak tahan apabila pelanggan tidak mahu membeli apa yang mereka cuba jual.

Orang tidak mahu membeli apa yang kita jual adalah normal. Ini adalah realiti dalam dunia bisnes. Ia adalah perkara biasa, ia lumrah berniaga. Jurujual yang gagal tidak dapat menerima lumrah itu. Dengan itu perkara yang lumrah telah dijadikan batu penghalang kejayaan. Jurujual yang berjaya menerima lumrah itu dengan sikap terbuka, tidak ada-apa.

Bagi orang yang baru hendak belajar menjadi jurujual, mereka tidak dapat membezakan antara (i) pelanggan yang menolak produk, dan (ii) pelanggan yang menolak peribadinya. Jadi, apabila pelanggan tidak mahu membeli produknya, dia berasa seolah-olah pelanggan telah menolak dirinya. Itulah yang membuat jiwanya terseksa, lalu tidak tahan, lalu tidak mahu terus belajar menjual.

Mana mungkin pelanggan menolak dirinya kerana pelanggan itu belum pun mengenali siapa dirinya. Pastilah, pelanggan cuma tidak mahu membeli produknya. Itu sahaja.

Apabila pelanggan tidak mahu membeli, itu hanyalah berupa maklumbalas kepada usaha kita menjual. Kalau pelanggan membeli, itu pun adalah maklum balas. Jadi, tidak ada istilah 'kegagalan'.  Setiap kali pelanggan mahu membeli, ataupun tidak mahu membeli, kita mendapat pelajaran.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Menceburi Pasaran Buku Kanak-kanak Previous entry: Penerbit Universiti Utara Malaysia Melawat PTS

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: