Tip Kejayaan Novel Awal Remaja: Tema Dunia Sekolah
![]()
![]()
PTS ONE Sdn. Bhd. adalah penerbit novel remaja No. 1 saat ini.
Nama-nama terbesar dalam sektor novel remaja dilahirkan oleh PTS ONE, seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar, Ezee Rahmani, Aizam Aiman, Ainin Naufal, Ashadi Zain, Fred Suriya, Mohd. Kholid Hamzah dan Meor Shariman. Lebih banyak nama-nama baru sedang dilahirkan oleh PTS One.
Resipi kejayaan novel-novel remaja PTS One adalah:
1. Menjaga kepercayaan ibu bapa dengan membuktikan bahawa novel-novel PTS itu memberi kesan-kesan positif kepada pertumbuhan psikologi, minda, dan akhlak anak-anak mereka.
Faktor ini sangat penting dijaga kerana buku-buku bacaan remaja dibeli menggunakan wang ibu bapa.
Ibu bapa mesti yakin bahawa dengan membelikan buku-buku PTS, anak-anak mereka bukan setakat dapat membaca buku sebagai hiburan malah ia sangat baik kerana buku-buku itu membantu perkembangan sahsiah anak-anak mereka.
2. Menjaga kepercayaan guru-guru dengan membuktikan bahawa novel-novel PTS itu membantu meningkatkan prestasi akademik murid-murid mereka.
Guru-guru sekolah perlu diyakinkan bahawa novel-novel remaja PTS memberi faedah langsung dan tidak langsung meningkatkan keputusan peperiksaan murid-murid mereka. Ini dilakukan kerana novel-novel remaja itu (a) ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), dan (ii) menyelitkan maklumat matematik, sains, sejarah, budaya, geografi, dan lain-lain maklumat yang relevan dengan subjek-subjek dalam kurikulum sekolah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment