Monday, June 21, 2010

Tip Kejayaan Penulis Memperoleh Royalti Tinggi: Gunakan Formula Long Tail

Teori 'Long Tail' oleh Chris Anderson diamalkan oleh syarikat PTS bagi memasuki, dan kemudian berjaya mendominasi, pasaran buku-buku Melayu yang dijual di dalam kedai-kedai buku.

Teori Long Tail (LT) ini menghasilkan strategi di mana PTS menerbitkan banyak judul, di mana jualan setiap judul itu tidak diharapkan dapat mencecah puluhan ribu naskhah, namun disebabkan PTS menerbitkan banyak judul, maka hasilnya jualan buku-buku PTS mencecah ratusan ribu naskhah.

PTS sangat mendorong supaya para penulis PTS juga mengamalkan teori dan strategi Long Tail ini. Maknanya, PTS mahu supaya penulis-penulis PTS menulis banyak judul, sehingga apabila digabungkan, jualan buku-buku mereka akan mencecah puluhan ribu naskhah, malah ratusan ribu naskhah.

Ada peribahasa Tamil yang maksudnya serupa dengan teori LT. (Sebatang pokok getah takkan menjadi sebuah estet.)

Teori short tail (ST) mengatakan, tulis sedikit judul tetapi setiap judul dapat dijual dengan banyaknya. Jadi penulis ST perlu menulis 1 buku tetapi buku itu laku 20 ribu naskhah.

Teori long tail (LT) mengatakan, terbitkan banyak judul, setiap judul laku 6 ribu naskhah. Kerana penulis menulis 4 judul, maka jualannya 24 ribu naskhah.

NOTA: Penulis-penulis PTS yang menerima royalti (bagi jualan tahun 2009) lebih daripada RM50 ribu semuanya mengamalkan strategi Long Tail, kecuali seorang penulis. Mereka semua menerbitkan banyak judul dengan PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Tema Masalah Tidak Laku Previous entry: Judul Buku Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: