Thursday, June 21, 2012

Tip Memilih Merchandise — Pengurus AinMaisarah

Tuan Syaizul Amal adalah Pengurus AinMaisarah, brand No. 1 dalam kategori sastera remaja popular. Beliau menulis tip berguna seperti di bawah ini dalam Facebook beliau...

"Apabila nama penulis semakin popular, penjenamaannya bagus dan mempunyai pembaca tegar, mereka mula memikirkan beberapa cabang produk baru bagi menjana keuntungan.

Barangan cendera hati (merchandise) adalah salah satu daripadanya. Ramai penulis kerugian dalam urusan perniagaan merchandise ini.

Buku dan merchandise adalah dua produk yang sangat berbeza. Dalam banyak situasi, dua produk selalunya tidak boleh duduk bersama dan perlu dipasarkan dengan cara berbeza.

Profail pembeli buku dan pembeli cendera hati juga berbeza. Pembaca yang sukakan tulisan kita tidak semestinya suka cendera hati yang kita jual.

Apa yang penting adalah mengenal pasti nilai yang dihargai oleh pengikut kita itu. Bagi seseorang penulis, pembaca buku menilai hasil tulisan mereka. Jalan cerita itulah kekuatan penulis. Oleh itu, merchandise mestilah berkaitan dengan sesuatu yang dihargai dalam cerita kita.

Kedua, penulis perlu menilai jenis cendera hati mana yang sesuai untuk dijual bersama buku atau dalam kedai buku. Ada produk yang tidak mungkin dapat masuk ke dalam kedai buku. Ada produk juga tidak mungkin dapat dijual bersama buku.

Kenal pasti semua ini bagi meningkatkan peratusan kejayaan kita dalam perniagaan merchandise."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penulis-Trainer: Buku Game untuk Training yang Sesuai dengan Budaya Tempatan Previous entry: Pembaca Remaja Tidak Sabar -- Pengurus AinMaisarah

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.