Tip Memilih Perkataan untuk Judul Novel Sai-Fai, Fantasi dan Thriller
Kerana perkataan boleh mencipta persepsi positif mahupun persepsi negatif ke atas minda pembeli buku, maka apabila mencipta judul novel, pilihlah perkataan-perkataan yang mencipta persepsi positif sahaja, yang menggoda hati pembeli buku supaya mahu membelinya.
Apabila judul novel sai-fai, fantasi dan triler menggunakan perkataan-perkataan yang bunyinya macam bunyi bahasa Inggeris, pembeli akan mempunyai prasangka negatif terhadap novel itu. Kesannya novel itu sukar dijual, akhirnya berlonggok dalam setor.
Sebagai contoh, novel sai-fai yang bertajuk "Orbit Orcilon" ataupun novel fantasi yang bertajuk "Gua Zirkon", ia menyebabkan pembaca mempunyai prasangka novel-novel itu bermutu rendah kerana mereka percaya:
(i) Idea-idea dan cerita dalam novel itu tidak original. Ceritanya meniru ala-ala sai-fai dan fantasi dari Amerika.
(ii) Pengarangnya tidak mempunyai bakat dayacipta yang tinggi. Dia pengarang amatur yang terpengaruh oleh sai-fai Amerika. Ini lebih benar apabila pengarang itu bukan pengarang yang tersohor, sebaliknya pengarang baru muncul.
Dengan prasangka-prasangka negatif seperti itu, pembeli tidak berminat mahu mengambil novel tersebut dari rak buku dan mebelek-beleknya, apatah lagi membelinya.
PTS mempunyai pengalaman menerbitkan novel-novel sai-fai yang menggunakan perkataan yang bunyinya macam perkataan Inggeris Amerika. Novel-novel itu banyak yang dikembalikan oleh kedai buku dan sampai sekarang tersadai dalam setor....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Salam,
Genre SaiFai agak kuat di barat. Ramai penulis novel saifai adalah pembaca buku SaiFai Inggeris yang tegar.
Satu lagi perangkap yang wujud bagi novel penulis yang biasa baca bahasa Inggeris ini ialah, dia terbawa-bawa cara bual bahasa Inggeris dalam penulisan mereka. Contohnya:
Yang ditulis: “Lupakan!”
Asal Inggerisnya: “Forget it!”
Alternatif yang lebih melayu: “Kau jangan ingat…”
Yang ditulis: “Semoga bernasib baik.”
Asal Inggerisnya: “Good luck.”
Alternatif yang lebih melayu: “Semoga berjaya.”
Penulis baru biasa terbuat silap ini. Bila baca memang terasa jangalnya. Bau ketiak mat saleh terlalu dominan.
Sekadar berkongsi.
Post a comment