Saturday, July 16, 2011

Tip Menjual Buku: Strategi Sususan Meja Pameran

Tuan Wahyudi Mohd. Yatim adalah eksekutif di PTS Edar Sdn Bhd. Selepas 3 bulan menjalankan aktiviti menjual buku secara membuka meja pameran, banyak maklumat yang beliau peroleh, yang selama ini tidak diketahui oleh PTS.

Sebagai contoh, cara menyusun buku di atas meja pameran tidak boleh ikut kategori buku, umpamanya semua buku agama diletakkan di atas meja buku agama, ataupun semua buku fiksyen diletakkan di atas meja buku fiksyen.

Sebaliknya, susun buku ikut target pembeli, di mana semua buku yang lazimnya dibeli oleh perempuan hendaklah diletakkan di atas meja perempuan tanpa mengira apakah buku itu kategori agama, resipi, pembangunan diri dan lain-lain.

Beliau memberi tip supaya buku-buku diletakkan dalam 5 kumpulan:

(i) Meja buku kanak-kanak

(ii) Meja buku remaja perempuan

(iii) Meja buku remaja lelaki

(iv) Meja buku perempuan

(v) Meja buku lelaki dewasa

Ini kerana empat kumpulan sasaran itu tidak selesa apabila mereka tercari-cari buku yang mereka mahukan di atas meja-meja yang berasingan. Mereka juga tidak selesa bergesel-gesel dengan orang yang bukan sesama kumpulan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ciri-Ciri yang Membezakan Sastera Dewasa dengan Sastera Remaja Previous entry: Tip Survival Penerbit: Pembahagian Tugas Packers
ahmadyani  on  07/17  at  03:53 AM

Tip ini baharu saya tahu. Tip yang bagus dan wajib diguna oleh penjual buku. Bagaimana dengan pekedai buku? Boleh dipakai tip ini?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/17  at  09:05 AM

Assalamualaikum pn.Ainon yang baik hati…

Tips ini sungguh menarik dan kreatif. Saya setuju dengan kaedah ini, kerana ia sangat memudahkan bakal pembaca dan pembeli melihat secara menyeluruh buku-buku menarik dan yang mungkin mereka perlukan hanya dengan melalui sekali pandang sahaja, tidak perlu pusing dan tawaf ke rak demi rak buku untuk mencari buku yang diperlukan mengikut spesifikasi / genre tulisan tersebut. Graf jualan juga akan menaik dengan kaedah ini.

Cara yang PTS gunakan ini, memang menarik!.
Syabas dan tahniah PTS.

syalinamd  on  07/18  at  07:33 AM

Betul.

Ketika bekerja di Tower Records suatu masa dahulu, kami menyusun CD mengikut cara yang hampir sama. Sebagai contoh, LeAnn Rimes diletak pada rak muzik Country & Pop dan sebagainya.

Bagi buku, mungkin ada buku-buku yang boleh diletakkan di atas beberapa rak dalam satu masa. Sebagai contoh, jika ada buku masakan mudah ‘orang bujang’, tidak hanya diletakkan di atas rak/meja buku pembaca perempuan sahaja, tetapi juga di atas meja buku pembaca lelaki.

Wassalam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.