Wednesday, February 11, 2009

Tip Menulis Buku Cerita untuk Kanak-kanak

Mereka yang paling banyak menyatakan hasrat mahu menulis buku untuk kanak-kanak adalah perempuan. Salah satu masalah penulis perempuan yang hendak menulis untuk bacaan kanak-kanak adalah sikap “mengemak-emak” dalam tulisan mereka. Sikap mengemak-emak menghasilkan ayat-ayat nasihat, berleter, mengajar-ajar budak, dan memperbodoh budak.

Syarat utama menjadi penulis buku cerita kanak-kanak adalah bakat mencipta cerita-cerita yang diminati oleh kanak-kanak. Menulis cerita yang diminati kanak-kanak dan remaja adalah lebih sukar daripada menulis cerita untuk bacaan dewasa.

Penulis yang pandai menghasilkan karya untuk audiens dewasa jarang sekali dapat menghasilkan cerita yang menarik bagi kanak-kanak dan remaja.

Kanak-kanak suka berangan-angan, mereka tidak suka logik, mereka mempunyai logik mereka sendiri, itu sebab mereka suka kartun kerana kartun tidak menggunakan logik orang dewasa. Orang dewasa pula, makin tua, makin takut berangan-angan.

Dewan bahasa dan Pustaka dahulu banyak menerbitkan buku sastera kanak-kanak dan remaja yang ditulis oleh orang-orang dewasa dengan menggunakan logik orang dewasa. Sewaktu buku-buku itu dinilai untuk diterbitkan, buku-buku itu tidak diserahkan kepada kanak-kanak dan remaja supaya mereka baca dan mereka sendiri nilai apakah mereka meminati buku-buku itu. Akibatnya, DBP banyak menerbitkan buku-buku yang tidak disukai oleh kanak-kanak dan remaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Terbit Previous entry: Budak-budak Menteri
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/12  at  08:36 PM

Assalamu’alaikum warahmatullah

Ya, saya setuju dengan Puan Ainon.  Harry Potter and the Philosopher’s Stone (siri pertama dalam saga Harry potter)menerima nasib yang sama.  Buku tersebut telah ditolak oleh banyak penerbit.  Bloomsbury bersetuju untuk menerbitkan buku tersebut setelah editor dari syarikat tersebut memberikan salinan manuskrip kepada anaknya untuk dibaca dan dinilai.  Ternyata sikapnya yang terbuka dan bersedia menerima pendapat seorang kanak-kanak telah memberikan hasil yang lumayan kepada banyak pihak sehingga 10 tahun dan masih berterusan.

YaQeen Ahmad  on  02/13  at  07:05 AM

Salam alaik semua. Saya amat bersetuju. Pada zaman kanak-kanak saya, saya tidak gemar membaca buku terbitan DBP. Banyak bahasa bombastik yang sukar untuk dihadam bagi budak kecil yang umurnya baru nak cecah belasan.

W Nor Ainon  on  02/23  at  12:40 PM

Puan yang dikasihi,

Sudah agak lama tidak menyampuk di sini.  Saya suka sekali kalau Puan dapat sertakan contoh;

1.  Ayat nasihat.
2.  Ayat berleter.
3.  Ayat mengajar-ngajar.
4.  Ayat memperbodoh budak.

Saya mahu mengelak dari ‘terguna’ ayat-ayat tersebut.  Sama ada untuk menulis atau bercakap dengan anak-anak.

Satu lagi,apakah maksud ‘bahasa bombastik’?  Saya pernah dengar dan terbaca tentangnya namun masih kurang jelas.

Terima kasih atas penjelasannya nanti.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/20  at  06:59 PM

nak tanya pa tips dalam menjadi penulis novel?saya suka mengkhayal kan satu-satu cerita dan kadang-kadang kalau ada masa yang terluang saya akan menulis pa yang saya fikirkan dan menjadi satu cerita

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/06  at  04:53 PM

salam..
sy tertarik dengan kata kata puan berkenaan ayat membodoh2kan anak..
bagaimana ayat yang dikatakan sebagai membodohkan anak2 tu
bolehkah puan memberikan beberapa contoh agak mudah difahami..sbagai panduan untuk sy mengajar dan menulis buku kanak-kanak..diharap puan tidak keberatan untuk berkongsi dengan sy..
terima kasih atas penjelasan itu nanti..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/24  at  12:49 AM

salam puan,

Saya merupakan seorang pelajar di institusi pengajian awam dalam bidang perubatan. Saya sangat menyukai kanak-kanak. Alhamdulillah saya sudah mempunyai 8 orang anak buah (1-8 tahun)dan saya menyedari amat susah mencari buku cerita yang menarik dan berinformatif untuk mereka. Kebanyakannnya disampaikan dalam ‘bahasa’ yang sukar dan mendatar ynag tidak dapat menarik minat mereka membaca. Saya amat tertarik untuk menjadi penulis buku kanak-kanak. Tetapi saya tidak mempunyai asas dalam bidang penulisan dan ilustrasi. oleh itu bagaimanakah cara untuk memastikan saya berada dalam ‘track’ yang betul ?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/05  at  10:32 PM

Assalamualaikum puan dan team PTS. Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat puan, dikurniakan kelapangan waktu yang berkat buat puan sekeluarga.

Saya sangat suka dengan pengisian entri ini. Belum pernah lagi saya membaca daripada laman mana-manapun individu memberikan sedikit tips tentang menulis buku kanak-kanak yang baik dan sesuai dengan umur awal kanak-kanak dan remaja. Saya selalu berangan-angan mahu menulis buku kanak-kanak tetapi tidak berjumpa kelas atau kursus untuk menimba ilmu mengenai bidang ini. Mohon puan dapat maklumkan bilakah waktu PTS akan menganjurkan kursus tersebut. InshaAllah saya akan pasti cuba untuk menghadiri kursus tersebut.

Jika diimbas zaman kanak-kanak saya, saya suka membaca buku bersiri seperti Siri Tiga Penyiasat, watak utamanya Jalil, Gopal, dan Ah Meng. Tidak ketinggalan buku bersiri Enid Blyton, Alfred Hitchcock, dan Charles Dickens. Kadang kala saya suka membaca buku karangan Tamar Jalis. Buku itu sangat evergreen, penuh dengan unsur moral dan menggunakan bahasa yang bagus. Membacanya membuat saya seperti masuk ke dalam cerita.(Mencari buku Tamar Jalis sangat sukar sekarang ini, saya masih mencari sebhagian koleksi beliau di toko buku lama dan barangan terpakai)

Tidak pernah seingat saya membeli buku kanak-kanak terbitan DBP. Selalunya bapa saya hanya akan melanggan majalah terbitan DBP sahaja, kerana setiap minggu kami akan ‘melepak’ di perpustakaan daerah, meminjam buku, dan membaca buku 2-3jam lamanya. Sangat seronok membaca buku kanak-kanak yang berwarna warni dan cepat untuk dihabiskan pembacaan.

selain membeli buku-buku bacaan dewasa, sehingga kini saya masih membeli buku kanak-kanak lagi.

Moga PTS terus mantap, diberkati tiap usaha untuk memandaikan anak bangsa. Amin ya Rabb, Wassalam..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/18  at  11:34 AM

sara, 9 tahun. sudah beberapa komik dibuatnya. saya mencari penerbit yang berminat dengan karya kanak-kanak seperti sara. sara rasa karyanya berharga kerana selain dari bakat melukis dan menulis saya tak pernah jumpa buku kanak-kanak dari kalangan kanak-kanak di Malaysia. saya sangat berharap ada penerbit yang berminat.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/18  at  09:42 AM

salam puan ainon,agak kurang sopan dlm memberikan pandangan ,seolah membenci bagai kepada DBP.sikap bersaing tetapi sering menunjukan kesalahan pada DBP adalah sikap yg kurang sopan dan tidak beradap dari pandangan sesetengah org. nilai yg cuba DBP bangunkan ketika dulu adalah berciri klasik ..saya masih ingat semasa kanak2 membeli dan mengumpul buku2 kanak DBP dan tetap merasa ia satu fenomena yg menjadi kenangan kerana tidak ada penerbit dan penulis yg sama dgn DBP.sebaiknya puan ainon tidak mengaitkan politik dgn pandangan, walaupun tahu puan ainon penyokong tegar pembangkang.saya tetap tidak memandang dan membeza bezakan buku di pasaran.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/21  at  11:01 AM

Saya tidak rasa Puan Ainon berniat untuk memperkecilkan atau menjatuhkan nama DBP. Bagi saya, ada benarnya pendapat Puan Ainon.

Sejak kecil, saya memang ulat buku. Tetapi ketika zaman kanak-kanak, saya memang kurang suka dengan kisah-kisah terbitan DBP. Karya mereka selalu memberi ‘rasa dewasa’. Dan sebagai pustakawan sekolah, saya turut memerhatikan bahawa teman-teman sekolah saya juga tidak berminat membaca karya DBP.

Yang menariknya, setelah meningkat usia remaja, saya dan rakan-rakan mula tertarik dengan novel kanak-kanak terbitan DBP. Ketika dalam usia itu, barulah kami dapat ‘feel’ membaca karya-karya tersebut.

Jika difikir kembali, saya perasan yang novel kanak-kanak terbitan DBP banyak melibatkan prosa yang matang dan plot yang kompleks, membuatkan kanak-kanak terasa ‘terbeban’ untuk membaca tetapi tidak bagi para remaja.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: