Sunday, August 14, 2011

Tip Menulis Emel kepada Editor

Apabila menulis surat emel kepada staf syarikat penerbit buku, pastikan semua ejaan dieja dengan lengkap dan tiada kesalahan tatabahasa. Ini lebih-lebih lagi penting apabila menulis surat kepada staf di jabatan editorial.

Ambil sebagai contoh, seorang yang ingin menjadi penulis telah menulis surat yang di dalam surat itu terdapat kesalahan ejaan dan tatabahasa. Editor akan terus membuat kesimpulan manuskrip yang dihantar nanti tentulah akan mengandungi banyak ejaan salah dan nahu yang tidak betul. Dan itu akan menjadi beban kepada editor kerana terpaksa banyak melakukan kerja-kerja pembetulan.

Demikian juga dengan format surat. Gunakan format surat rasmi sahaja kerana semua urusan dengan staf syarikat adalah urusan rasmi.

NOTA: Mahkamah menerima emel sebagai bahan bukti yang sah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 9): Mencari Desain Kulit yang Unik Previous entry: PTS Lebih Agresif Menerbitkan Buku Agama Premium untuk Kanak-Kanak
Hans  on  08/15  at  02:10 PM

thanks invite saya ke sini

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: