Sunday, October 31, 2010

Tip untuk Penulis Baru Kategori Remaja: Strategi Supaya Sinopsis Diluluskan oleh Editor

PTS mempunyai jumlah penulis paling banyak dalam kategori novel kanak-kanak dan remaja. Bukan setakat paling banyak, malah kedua-dua sektor ini sudah mempunyai penulis-penulis ngetopnya. Mereka diistilahkan sebagai 'Big Girls'.

Antara nama-nama besar itu adalah Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan Aizam Aiman. Mereka tergolong di dalam barisan pertama senarai Big Girls PTS. Nama-nama mereka menjadi sebutan, manakala buku-buku mereka menjadi rebutan.

Nama-nama lain dalam barisan ke-2 Big Girls PTS adalah Ezee Rahmani, Kusyi Hirdan, Saridah Hamid, Ainin Naufal dan Natasya Effyzal.

Dalam barisan ke-3 adalah puluhan nama-nama lain. Mereka sedang bekerja kuat meningkatkan kualiti serta produktiviti masing-masing.

Setiap tahun Big Girls PTS itu masih terus menghasilkan manuskrip-manuskrip baru bagi memenuhi permintaan kedai-kedai buku. Kualiti manuskrip mereka juga semakin bertambah baik kerana mereka menjalankan kajian pasaran dan menambahkan ilmu kepengarangan yang mereka miliki. Mereka juga aktif mempromosi karya masing-masing.

Pintu masuk genre kanak-kanak dan remaja semakin hari semakin sempit bagi penulis-penulis baru. Faktor utamanya adalah disebabkan mereka belum mempunyai nama dan trek-rekod.

Bagi penerbit dan kedai buku, menjual buku-buku yang membawa nama-nama Big Girls adalah sangat mudah, manakala menjual nama-nama yang belum terkenal dalam pasaran adalah sangat sukar.

Bagi tuan dan puan yang serius mahu menulis fiksyen remaja, tuan perlu meyakinkan editor bahawa tuan berupaya menghasilkan cerita-cerita menarik dan gaya bahasa yang bermutu tinggi. Bagi membuktikan perkara itu, hantarkan:

(i) Minimum 3 sinopsis cerita. Ikut format sinopsis seperti yang ditunjukkan di http://penerbitpts.blogspot.com

(ii) Satu bab cerita yang sudah dituliskan. Untuk ini editor akan menilai (a) sistem ejaan, (b) tanda bacaan, (c) tatabahasa, (d) gaya penceritaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Rak DBP, Buku-Buku PTS..... Previous entry: Promosi Komik-M

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.