Saturday, May 15, 2010

Tip Penulis: Mengenalpasti Penerbit Berisiko Tinggi

Baru-baru ini timbul lagi dalam akhbar-akhbar arus perdana cerita penulis "ditipu" penerbit. Lazimnya, yang menjadi mangsa itu adalah penulis baru. Namun, realitinya penulis established pun tidak kebal daripada pernah mengalami nasib yang serupa.

Bukan semua penerbit menipu. Jika diberi pilihan, tidak ada penerbit yang sengaja mahu menipu penulisnya sendiri.

Apa yang berlaku, penerbit itu tidak mampu membayar royalti penulis, bukan sengaja mahu menipu. (Mengapa penerbit itu tidak mampu membayar royalti penulisnya, itu kisah lain.)

Antara ciri-ciri penerbit yang berisiko tidak membayar royalti adalah seperti berikut:

(i) Penerbit yang baru memulakan bisnesnya.

(ii) Penerbit yang modal pusingannya kecil.

(iii) Penerbit yang mengamalkan pengurusan "budaya towkay".

Antara ciri-ciri penulis yang "ditipu" (sebenarnya royalti mereka tidak dibayar) oleh penerbit adalah seperti berikut:

(i) Penulis baru yang sangat ingin melihat bukunya diterbitkan.

(ii) Karyanya tidak diterima oleh penerbit yang established (seperti DBP, dan Utusan).

(iii) Penulis tidak menyiasat terlebih dahulu rekod penerbit itu.

Pada masa ini semua penerbit yang serius mempunyai laman web masing-masing. Penulis boleh mendapatkan banyak maklumat berkenaan sesebuah penerbit sebelum membuat pilihan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis dan Penterjemah Mendahului Kamus Previous entry: Delegasi PTS ke Pesta Buku Islam Jogjakarta
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/15  at  06:58 PM

Assalamualaikum Puan,

Berdasarkan pernyataan di atas bagaimana pula kedudukannya jika berlaku pencerobohan di fail-fail peribadi sesuatu catatan yang tersimpan di dalam fail Microsoft Words malah didalam USB yang didapati wujud pencabulan yang dilakukan oleh aktiviti ‘hackers’ yang kemudiannya tanpa kebenaran telah diaplikasikan untuk tujuan dikreatifkan idea di dalam anime/slot drama/ dan sesetengah itu wujud juga pembabitan kreatif yang dicorakkan semula untuk penerbitan filem (bagi catatan yang dilakuka di blog misalnya)malah upaya juga dipertalikan dengan usaha-usaha berinformasi pada bidang penyiaran persuratan kebudayaan seni dan warisan yang pada umumnya dilakukan oleh sesetengah pihak yang berurusan dengan kerajaan?

Bagaimana pula dengan aktivit ‘penghackers’ yang ‘menghack’ sekali gus dua lap top peribadi menggunakan kemudahan aksess tanpa wayar (wireless) yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berada jauh dari lokasi individu itu.

Adakah tabiat ini boleh dianggap sebagai usaha kreatif Inventor yang teruk menjejaskan fokus dan usaha-usaha kecil seseorang itu?

Apakah masalah ini sememangnya disengajakan perencanaannya?

Bagaimana pula jika kaedah mencabul ini dijadikan cara yang diaplikasikan untuk tujuan pendidikan?

Adakah ianya relevan untuk dihormati?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: