Tip Survival Bisnes: Asingkan Syarikat Ikut Produk
Nota: Entri ini ditulis bagi menjawab pertanyaan Sdr Idrus Shaidy dalam chatbox UNIKA hari ini:
Apabila saudara mahu menceburkan diri dengan beberapa rakan niaga, di mana masing-masing rakan itu mempunyai produk masing-masing, maka adalah lebih elok saudara menubuhkan entiti bisnes berasingan bagi setiap jenis produk.
Nasihat ini adalah berdasarkan pengalaman kita dalam PTS. Model PTS ditiru daripada model penerbit MIZAN Jakarta yang mempunyai 17 anak syarikat, kesemuanya dalam bidang buku. Setiap kali Mizan mahu menceburi kategori buku baru, ia menubuhkan anak syarikat khusus bagi pelaburan baru itu.
Justeru:
PTS Consultants yang menjadi syarikat pelaburan induk.
PTS One menerbitkan buku fiksyen remaja.
PTS Islamika menerbitkan buku agama.
PTS Fortuna menerbitkan fiksyen dewasa.
PTS Millenia menerbitkan buku popular.
PTS Profesional menerbit buku bisnes, pengurusan dan pendidikan.
PTS Paperback menerbitkan edisi paperback bagi bestsellers PTS.
PTS Litera Utama menerbitkan sastera terjemahan dari luar negara.
PTS Publications & Distributors hanya mengedarkan buku sahaja.
Bagi setiap anak syarikat itu ada pengurus masing-masing yang berfungsi sebagai bisnesman dengan tanggungjawab memastikan anak syarikat jagaannya UNTUNG dan berkembang!
Apakah kelebihan model ini?
Pertama, model ini mendorong setiap pengurus berfikir sebagai bisnesman, bukan sebagai pekerja. Mindsetnya akan berubah daripada mindset semut yang nampak benda-benda secara mikro sahaja, kepada mindset helang yang nampak secara makro.
Kedua, model ini membolehkan setiap pengurus memfokuskan fikiran dan kreativitinya kepada anak syarikat jagaannya. Dengan demikian dia cepat menjadi pakar berkenaan selok-belok bisnes produk yang dijaganya.
Ketiga, model ini membolehkan pengurusan risiko dilakukan dengan lebih berdisiplin. Jika satu anak syarikat 'sakit', maka penyakit itu dapat dikepung di situ sahaja, supaya penyakit itu tidak merebak kepada anak syarikat lain. Kalau perlu tutup, tutup anak syarikat itu sahaja.
Dalam model ini, salah seorang partner memegang 2 jawatan (a) sebagai pengurus kumpulan yang akan memonitor rekod-rekod kewangan semua syarikat dalam kumpulan dan (b) sebagai pengurus salah satu daripada anak syarikat juga. Lazimnya beliau adalah pemegang saham terbesar dalam kumpulan.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Ainon,
Sangat menarik. Setiap syarikat akan jadi ‘profit centre’! Senang untuk dibuat perbandingan prestasi. Boleh guna ‘key indicators’ bagi mengukur prestasi setiap syarikat.
Cuma perlu berhati-hati dengan ‘cost centre’. Kalau sudah banyak syarikat, ada kemungkinan setiap syarikat punya ‘cost centre’ sendiri. Ada baiknya jika kos dan tenaga boleh disatukan atau ‘pooling of resources.’
——-
Tuan JR,
Ya, betul itu. Cost centre boleh dipusatkan. Dalam kumpulan PTS, staf jabatan kewangan dibayar gaji oleh PTS P&P (yang mengedar buku) dan mereka menyimpan rekod kewangan semua anak-anak syarikat.
Setiap minggu mereka menyediakan laporan kewangan masing-masing syarikat, dan laporan itu dibincangkan dalam mesyuarat mingguan pengurus-pengurus.
Dengan cara ini semua maklumat kewangan syarikat adalah telus, tidak main percaya-percaya sahaja.
Memang sangat menarik. Bukankah ilmu ini akan dimasukkan dalam RAHSIA BISNES MUHAMAD?
Tunggu….
Menarik juga konsep ini, boleh diapplikasi pada bisnes2 lain. Ini memberi saya idea untuk menjalankan bisnes saya.
Terima kasih, puan
Satu idea yang menarik, terutama kerana lahir dari mereka yang telah mempraktik dan membuktikan kejayaannya.
Sesetengah orang kita tertarik dengan idea mentah saja tanpa meneliti bukti kejayaan daripada idea tersebut.
Sdr AZMI,
Apa yang saudara sebut itu memang penting, yakni kita mesti tiru idea yang sudah dipraktikkan dan terbukti boleh berjaya.
Itulah sebabnya, kita di PTS meniru model MIZAN di Indonesia, sebab MIZAN adalah penerbit buku ke-2 terbesar di negara itu, selepas PT Gramedia (milik pelabur Cina). MIZAN pula hanya menerbitkan buku-buku ilmu sahaja. Jadi kita fikir, elok kita tiru MIZAN sebab PTS pun akan menerbitkan buku-buku ilmu sahaja.
Malah PTS meniru cara-cara pengurusan MIZAN, di mana setiap anak syarikat ‘diserahkan’ kepada pengurus masing-masing supaya di bawah kepimpinannya itu anak syarikat jagaannya berkembang sebagai syarikat yang autonomus.
DI MIZAN, setiap anak syarikat membayar gaji dan bonus masing-masing. Jadi, Sang Pengurus itu menjadi majikan kepada stafnya!
Dalam model ini, kita sebagai pelabur, bukan hanya mengembangkan nilai pelaburan kita sendiri, tetapi kita menjalankan tanggungjawab sosial, iaitu kita melahirkan pengurus-cum-bisnesman (intrapreneur) yang diharapkan satu hari nanti, apabila mereka sudah yakin mereka mahu menjadi bisnesman sendiri, mereka sudah menerima cukup latihan dan ilmu sepanjang bertugas di PTS.
Saya sebagai Chairman PTS berdoa, apabila pengurus-pengurus PTS sudah nekad mahu menjadi jutawan dengan membuka syarikat sendiri, mereka akan mengajak saya menjadi pelabur dan partner dalam syarikat mereka…. Amin!
Post a comment