Wednesday, March 21, 2012

Tip Survival Bisnes Buku: Senario Semasa

Bisnes penerbitan buku Melayu saat ini sedang menyaksikan perkembangan yang menggebu-gebu dalam sektor:

1. Pertambahan jumlah penerbit baru muncul

2. Pertambahan penulis baru muncul

3. Pertambahan judul yang diterbitkan setiap bulan

4. Pertambahan pesta dan karnival jualan buku

Ada 2 sektor yang tidak mengalami pertambahan menggebu-gebu:

1. Saiz pasaran buku, yakni jumlah pembeli buku

Ini adalah aspek paling kritikal dalam industri buku. Apabila saiz pembeli buku tidak bertambah, perkembangan yang berlaku sekarang akan menguncup seperti belon yang bocor.

Ambil sebagai contoh, berapa besarkah saiz pasaran novel ramaja gedik?

Berapa jumlah remaja perempuan yang membeli sekurang-kurangnya 1 novel gedik sebulan? 10 ribu, 20 ribu, 30 ribu?

Berapa banyak judul novel remaja gedik yang diterbitkan setiap bulan?

2. Ruang pameran dan jumlah rak buku di dalam kedai buku

Ini adalah aspek kedua yang kritikal. Saiz kedai-kedai yang ada tidak dapat dibesarkan. Oleh hal yang demikian jumlah rak buku di dalam kedai tidak dapat ditambah, manakala jumlah judul yang mahu dibekalkan oleh penerbit kepada kedai-kedai semakin banyak.

Kedai buku tidak mempunyai ruang bagi mempamerkan semua buku yang dibekalkan oleh pengedar dan penerbit.

Kedai buku akan memilih-milih buku yang mahu diambil dari penerbit. Hanya buku yang dapat dijual cepat sahaja akan dipilih.

Buku-buku yang terjual perlahan akan segera dipulangkan kepada penerbit. Ini terpaksa dilakukan supaya ruang itu dikosongkan bagi mempamerkan buku-buku terbaru yang dihantar oleh penerbit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Kelemahan Strategi Long Tail Previous entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Tidak Terdorong oleh Gambaran Palsu

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.