Thursday, March 22, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Kelemahan Strategi Long Tail

Foto menunjukkan kotak-kotak yang berisi buku-buku 'return' yang baru sampai ke gudang PTS dan belum sempat dibuka serta diproses.

Dalam apa jua sektor, 10% sahaja akan berada di bahagian paling atas piramid pasaran. Manakala 90% lagi akan berada di bahagian pertengahan dan paling banyak akan berada di bahagian paling bawah.

Dalam bisnes buku, hanya 10% judul akan laku keras dan menghasilkan margin keuntungan yang baik.

Statistik ini sudah menjadi hukum pasaran. Statistik inilah yang menjadi asas teori pasaran 'long tail' dan 'short tail'. PTS mengamalkan strategi 'long tail', yakni kita menerbitkan banyak judul bagi mencapai jumlah jualan yang banyak.

Strategi long tail ini bukanlah strategi yang terbaik. Dari sudut teori bisnes penerbitan, yang paling baik adalah menerbitkan sedikit jumlah judul, tetapi tiap-tiap judul itu dapat dijual banyak, sampai ratusan ribu naskhah. Inilah bisnes yang efisien, maknanya dengan kos yang rendah ia dapat menghasilkan keuntungan yang tinggi.

Strategi long tail adalah sangat tidak efisien. Inilah faktor yang menyebabkan margin keuntungan PTS hanya 3% sahaja.

PTS sudah menerbitkan lebih 2 ribu judul. Jumlah judul yang banyak menyebabkan kos pengurusan setor tinggi, kerana:

1. Lebih banyak ruang setor diperlukan bagi menyimpan stok buku yang banyak

Kos storan adalah sangat tinggi kerana setor buku mesti berada di lantai bawah, sedangkan sewa lantai bawah adalah paling mahal.

2. Tempoh masa bagi memenuhi pesanan pelanggan juga lebih panjang.

Dengan menawarkan ribuan judul, jumlah judul yang dipesan oleh kedai buku lebih banyak, tetapi setiap judul pesanannya adalah kecil.

Ruang setor yang besar bermakna pekerja packing terpaksa berjalan lebih jauh bagi mengutip buku, dan banyak kerja panjat-memanjat tangga dilakukan bagi mengambil buku di rak tinggi.

3. Lebih banyak pekerja gudang diperlukan

Bagi mengurangkan tempoh memproses pesanan pelanggan itu jumlah pekerja packing terpaksa ditambah. Ini bermakna gaji, komisen, bonus, elaun overtime, caruman KWSP, SOCSO, insuran hospital, bil klinik dan lain-lain kos semuanya naik.

Strategi menurunkan kos pengurusan gudang yang tinggi itu adalah dengan mengenalpasti maksimum 500 judul yang jualannya paling tinggi.

Di PTS, ukuran buku yang laku adalah yang jualan bulanannya melebihi 100 naskhah sebulan. Judul-judul itu diklasifikasikan sebagai judul evergreen. Judul-judul dalam senarai ini sahaja yang akan diulangcetak berkali-kali.

Judul-judul yang jualannya rendah diterbitkan dalam bentuk ebook sahaja, kerana ia tidak memerlukan ruang setor.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Kos Mengadakan Jualan Gudang Previous entry: Tip Survival Bisnes Buku: Senario Semasa
Ahmad Din  on  03/23  at  11:06 PM

Saya tiba-tiba teringat kisah seorang sahabat Nabi Muhammad (selawat) yang membuat perniagaan jual beli unta.

Namun, beliau tidak membuat untung dengan hasil jualan unta. Sebaliknya beliau membuat untung menggunakan tali-tali yang diikat pada unta. Barangkali PTS dapat menggunakan kaedah ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/08  at  11:13 AM

Bagaimana pula dengan e-book? Jika tidak silap saya, dahulu pasaran e-book menjadi strategi laut biru pts. Sekarang hampir semua orang sudah ada tablet mahupun smartphone android. Mungkin sudah tiba masanya PTS mempunyai apps sendiri di android market ataupun iTunes bagi peminat mendownload buku kegemaran mereka.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.