Wednesday, March 07, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Berapa Tinggi Kadar Royalti Patut Ditawarkan

Jika seandainya kita mahu mengamalkan dasar membayar royalti kepada penulis, berapakah kadar yang sebaiknya ditawarkan?

Sebaiknya tawarkan kadar yang lazimnya diamalkan dalam industri. Ini kerana kadar itu sudah terbukti dapat memastikan survival syarikat.

Jika seandainya kita mahu menawarkan kadar yang lebih tinggi dibandingkan dengan kadar yang lazimnya diamalkan oleh penerbit-penerbit terbesar di dunia, beberapa faktor yang perlu difikirkan adalah:

a. Kadar tinggi kita itu belum pernah diuji, oleh itu ia berisiko tidak dapat menjamin survival bisnes kita.

b. Lazimnya kadar yang lebih tinggi itu kita tawarkan khusus kepada penulis yang terkenal dalam pasaran, ini mencipta perasaan tidak puas hati bagi penulis-penulis lain.

c. Lazimnya kadar tinggi itu ditawarkan sebagai umpan bagi memancing penulis terkenal itu supaya meninggalkan penerbitnya sekarang dan menerbitkan karyanya dengan kita pula. Ini merosakkan hubungan baik sesama penerbit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Buku adalah Produk yang Mudah Di-generik-kan Previous entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Gunakan 'best practices in the industry'
aiyrie rizalman  on  03/09  at  07:37 AM

Salam Sejahtera saya ucapkan kepada Puan Ainon yang budiman.

Saya doakan semuga Puan dan semua pembaca blog ini agar dikurniakan kesihatan yang sempurna serta sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan dari Tuhan.

Dari tiga faktor yang Puan nyatakan, apa yang dapat saya fahami ialah.

a) Penerbit baru atau penerbit kecil yang memberi royalti tinggi kepada penulisnya biasanya masih belum mempunyai kewangan yang kukuh. Jika memberi royalti tinggi kepada penulis yang belum terkenal, dikhuatiri jualan buku iti tidak mampu menampung kos penerbitan. Penulis yang belum terkenal pula pasti tidak terlalu berkira dengan jumlah royalti. Mendapat jumlah royalti sama seperti yang ditawarkan oleh syarikat penerbitan yang besar pastinya sudah memadai bagi penulis yang belum terkenal.

b) Bagi penulis yang terkenal, hasil dari jualan buku bergantung kepada jumlah jualan. Semakin besar jumlah jualan, semakin besarlah hasil yang diperoleh. Oleh itu, jumlah persen royalti tidak menjadi faktor yang utama dalam menentukan pendapatan penulis yang terkenal itu. Jika persen royalti tinggi, tetapi jumlah jualan kecil tetap tidak berguna.

c) Dalam menjalankan bisnes, hubungan yang baik dengan penjalan bisnes yang sama adalah perlu. Setiap amal adalah berdasarkan niat, jika niat memberi royalti tinggi adalah kerana hendak mengambil penulis dari penerbit lain, maka itu sajalah yang diperolehi. Sedangkan bisnes juga adalah satu ibadah yang perlu dijalankan dengan adab-adab dan tatacara yang benar dan berlandaskan syariat.

Saya mohon maaf jika apa yang saya tulis menjengkelkan hati pembaca. Saya sekadar berkongsi pandapat dan meraikan perbincangan.

Terima kasih kepada Puan Ainon atas perkongsian.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.