Sunday, March 25, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Buku ‘special edition’ atas Permintaan Kedai

Ada judul-judul PTS yang hanya dijual di rangkaian kedai buku POPULAR. Yang paling terkenal adalah buku 'Satu Hari Satu Resipi' oleh Chef Hanieliza. Kedai-kedai buku lain tidak menjual buku ini walaupun permintaannya sentiasa ada.

1. Buku Chef Hanieliza ini diterbitkan atas permintaan khusus dari POPULAR.

2. Untuk buku Chef Hanieliza ini, jumlah minima yang dipesan oleh POPULAR adalah 10 ribu unit.

3. Pembelian oleh POPULAR itu adalah pembelian pukal, tidak ada yang dipulangkan kepada PTS. Jadi POPULAR menanggung risiko kerugian jika buku itu tidak laku.

4. Disebabkan jumlah pesanan itu besar, POPULAR meminta diskaun 'istimewa'.

5. Bagi PTS, margin keuntungan dari buku ini amat nipis, tetapi disebabkan POPULAR membeli pukal ini bermakna PTS tidak menanggung risiko buku tidak laku.

6. Tidak semua buku 'special edition' yang dipesan oleh POPULAR laku keras. Ada judul yang dipesan 5 ribu unit tetapi tidak dapat dijual semuanya oleh POPULAR.

7. Apabila buku itu sudah diterbitkan khas untuk POPULAR, maka PTS sendiri tidak boleh menjual buku itu. Chef Hanieliza sendiri terpaksa membeli dari POPULAR....

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Menjual Buku Sangat Mudah, Mengutip Hutang Sangat Susah Previous entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Kos Mengadakan Jualan Gudang

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.