Wednesday, April 18, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Bagaimana Penerbit Berebut Ruang di Dalam Kedai Buku

Ruang di dalam kedai buku adalah salah satu faktor yang sangat mempengaruhi jualan buku-buku penerbit.

Di satu pihak ruang pameran di dalam kedai buku tidak dapat dibesarkan, oleh sebab itu jumlah rak buku tidak dapat ditambah. Di satu pihak lain, jumlah penerbit baru semakin banyak, dengan itu bekalan buku-buku baru juga semakin banyak.

Pada saat ini perebutan rak di dalam kedai buku semakin sengit. Masing-masing penerbit berlumba-lumba membekalkan buku-buku berkualiti tinggi yang memenuhi kemahuan pembeli dan pembaca.

Kedai-kedai buku mempunyai pilihan yang banyak disebabkan jumlah judul baru yang ditawarkan oleh penerbit semakin banyak.

Dulu-dulu, disebabkan tidak banyak penerbit, buku yang bergerak sangat perlahan pun akan dipamerkan, maklumlah isu ruang bukan isu kritikal pada waktu itu.

Senario hari ini sudah jauh berbeza. Pekedai berdepan dengan situasi tidak cukup ruang bagi mempamerkan banyaknya buku yang bagus-bagus.

Kedai semakin sesak, manakala buku baru semakin banyak. Akibat daripada situasi ini, pekedai akan melakukan 2 perkara:

1. Hanya buku yang diyakini laku keras sahaja akan diterima oleh kedai buku.

2. Mana-mana buku yang perlahan jualannya akan cepat-cepat dipulangkan kepada penerbit supaya buku baru dapat dipamerkan di rak yang sudah dikosongkan itu.

Implikasi kepada situasi ini adalah: Penerbit perlu semakin memilih-milih judul yang diterbitkan bagi mengelakkan jumlah buku return yang tinggi dan setor penuh dengan buku tidak laku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sistem Royalti: Kos Tinggi yang Tidak Ketara Previous entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Pecahan Sub-sektor Pasaran Buku

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.