Tip Survival Bisnes Penerbitan: Fokuskan Kategori Buku
Bagi penerbit yang baru menceburi industri penerbitan, adalah sangat penting memilih sub-kategori buku-buku apa yang mahu diterbitkan.
Ertinya, tidak menerbitkan semua jenis buku, sebaliknya pilih SATU sub-kategori buku sahaja, dan tidak menerbitkan buku-buku dalam kategori lain.
Sebagai contoh, jika mahu menerbitkan buku agama, pilih sub-kategori buku agama yang macam mana mahu diterbitkan.
Kategori buku agama adalah sangat besar. Ada berpuluh-puluh sub-kategori dalam kategori itu.
Sebagai contoh, termasuk dalam sub-kategori buku ruji agama adalah buku-buku panduan solat wajib, solat-solat sunat, doa, zikir, puasa, umrah, haji, zakat, buku Yasin, tahlil dan ibadat-ibadat asas lain.
Semasa dalam fasa awal menceburi bisnes, pilih SATU sub-kategori dan terbitkan buku-buku dalam sub-kategori itu sahaja.
Apabila bisnes sudah mula stabil dan berkembang, barulah menerbitkan buku-buku dalam sub-kategori lain pula.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment