Friday, March 23, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Kos Mengadakan Jualan Gudang

Foto menunjukkan sebahagian daripada buku-buku return yang sudah dikeluarkan dari kotak di dalam gudang PTS sebelum disusun di rak.

Salah satu isu yang dihadapi oleh semua penerbit buku adalah stok buku yang tidak bergerak keluar dari gudang. Jika terus disimpan, stok itu memakan ruang, sedang ruang adalah kos.

Jika mahu diadakan lelong jualan gudang, ia juga melibatkan kos tambahan:

1. Jika penerbit mempunyai ruang dan tapak di luar gudang yang besar, jualan gudang dapat diadakan. Penerbit yang menyewa rumah kedai ataupun kilang berderet tiada mempunyai tapak. Jika dibuat di hadapan pintu kedai, peniaga berjiran marah dan salah dari sudut undang-undang majlis tempatan.

2. Jualan gudang tidak sesuai diadakan di dalam bangunan gudang kerana isu keselamatan apabila orang luar memasuki bangunan gudang.

3. Apabila jualan diadakan di luar bangunan gudang, akan berlaku kos menyewa khemah, mesin kaunter, rak-rak dan meja-meja pameran.  Jualan di bawah khemah terakluk kepada risiko buku rosak apabila hari hujan.

4. Kos kerja overtime yang ditanggung untuk staff yang menjaga pameran jualan gudang. Disebabkan jualan gudang dibuat pada hujung minggu, gaji overtimenya adalah 2 kali ganda!

5. Kerja packing dan unpacking yang terpaksa dilakukan oleh pekerja gudang, sedangkan kerja packing untuk penghantaran buku-buku yang laku kepada kedai-kedai pun tidak menang tangan.

6. Buku-buku yang tidak laku terpaksa disusun semula di dalam gudang, dan ini bermakna kerugian berganda sebab gaji pekerja dibayar juga untuk mengurus buku yang tidak laku.

7. Kerja menyusun semula buku-buku yang tidak laku adalah lebih leceh sebab buku-buku itu sudah bercampur-aduk, mesti dipilih satu persatu dan disusun semula di rak asalnya di dalam gudang.

8. Buku-buku yang sudah dibuka dari bungkusan kilang akan rosak.

9. Faktor kritikal mass adalah faktor yang wajib ada. Jika jumlah buku yang mahu dilelong tidak cukup banyak jumlah dan pilihannya, orang tidak berminat datang ke jualan gudang yang diadakan.

10. Bagi menarik pengunjung yang ramai perlu diadakan macam-macam aktiviti, semuanya melibatkan kos tambahan.

11. Perolehan dari jualan buku lelong tidak semestinya berbaloi kerana harga jualan lelong adalah sangat rendah. Kos dan tenaga kerja yang ditanggung adalah lebih produktif digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja jualan buku yang laku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Buku 'special edition' atas Permintaan Kedai Previous entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Kelemahan Strategi Long Tail
Siti Malini  on  03/29  at  06:26 AM

Assalamualaikum puan,

Bagaimana jika lelongan dilakukan secara maya/online?

Tidak perlu sewa khemah, meja dsb, tidak perlu keluarkan buku dari gudang sebelum dan susun kembali selepas. Cuma kumpul order, kutip dari gudang, dan pos.
Lebih ramai orang boleh mengambil bahagian, iaitu dari seluruh pelosok Malaysia, bukan sahaja pengunjung dari sekitar lokasi fizikal jualan gudang.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.