Wednesday, April 04, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Lain Bandar Lain Buku yang Laku

Jualan sesuatu tajuk tidak sama rata di seluruh negara:

1. Tajuk yang laku keras di Kuala Lumpur belum tentu laku keras di Kota Baru ataupun di Sg. Petani. Sebagai contoh, buku-buku bisnes dan profesional hanya laku di bandar-bandar utama.

2. Di dalam kota Kuala Lumpur sendiri, tajuk yang laku keras di kedai elit seperti Kinokuniya di KLCC belum tentu laku keras di kedai buku indie.

3. Tajuk yang laku di Setapak belum tentu laku di Cheras. Setapak adalah zon perumahan yang banyak penduduk Melayu, manakala Cheras zon penduduk Cina.

4. Kedai-kedai buku agama tidak mahu menjual tajuk-tajuk sastera remaja dan novel popular.

5. Tajuk yang laku keras di dalam kedai buku belum tentu laku di dalam hipermarket. Orang pergi ke kedai buku kerana hendak membeli buku, manakala orang ke hipermarket mempunyai tujuan lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Pasaran Buku Professional Previous entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Mengawal Stok Buku di Dalam Gudang

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.