Sunday, March 11, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Membuka Kategori Baru

Dalam pasaran buku Melayu, banyak kategori masih belum dibuka. Dalam erti kata yang lain, permintaan bagi buku-buku dalam kategori itu ada, tetapi buku-bukunya belum ada.

Ambil sebagai contoh, buku-buku sejarah non-fiksyen.

Bagi penerbit, menerbitkan judul dalam kategori seperti itu sangat berisiko. Namun, jika ditekuni ia adalah peluang pada jangka masa panjang.

Peminat buku sejarah memang ada. Walaupun tidak besar, pasaran ini dapat membantu penerbit survive.

Tidak semua buku sejarah akan laku keras. Ini normal. Dalam kategori lain pun serupa juga. Penerbit perlu mengenal pasti judul-judul sejarah yang laku dan kurang laku.

Dalam keadaan sekarang kedai-kedai buku belum membuka rak khas bagi mempamerkan buku-buku sejarah dalam bahasa Melayu. Ini kerana jumlah judul buku sejarah yang mahu dipamerkan tidak dapat mengisi rak itu. Kedai buku tidak mahu ada rak yang kosong.

Aklibatnya, judul sejarah akan terselit-selit antara buku-buku lain. Pengunjung kedai buku tidak ternampak buku sejarah itu.

Pada masa ini sektor buku sejarah yang paling laku adalah sejarah Islam. Walaupun judul dalam kategori ini banyak, kedai buku meletakkan buku-buku sejarah Islam di rak buku-buku agama. Ini kerana pembeli buku sejarah Islam adalah mereka yang membeli buku-buku agama lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Dua Kelemahan Utama Industri Penerbitan Buku Previous entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Buku adalah Produk yang Mudah Di-generik-kan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.