Tip Survival Bisnes Penerbitan: Meneroka Sektor Demi Sektor
Salah satu strategi dalam bisnes penerbitan buku adalah memilih sektor mana yang mahu diterokai. Kemudian harus memilih pula sub-sektor mana yang mahu diterokai dalam fasa awal, fasa berikutnya, dan fasa berikutnya lagi.
Katakanlah, kita mahu meneroka pasaran sektor buku agama. Dalam sektor buku agama ada banyak sub-sektornya. Contoh sub-sektor buku-buku agama:
i. Al-Quran
ii. Buku-buku ibadat ruji
iii. Buku aplikasi agama
iv. Buku agama kreatif
v. Buku agama kanak-kanak
vi. Biografi
Di dalam kedai-kedai buku yang besar, judul-judul dalam 6 jenis sub-sektor itu lazimnya disusun di rak yang berlainan. Sebagai contoh, al-Quran mempunyai rak sendiri. Begitu juga ada rak-rak khusus untuk buku-buku ruji seperti Yasin, muqadam, doa dan panduan solat.
Buku panduan solat untuk kanak-kanak di letakkan di seksyen buku kanak-kanak, manakala buku panduan solat untuk dewasa diletakkan di syeksyen buku agama.
Supaya brand dan logo syarikat cepat dikenal oleh pembeli, sebaiknya terbitkan judul-judul dalam satu sektor dahulu, supaya semua buku kita disusun di rak yang sama. Jadi dengan itu pembeli yang pergi ke rak itu cepat perasan kewujudan logo dan nama syarikat kita.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment