Sunday, April 01, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Mengawal Bajet Percetakan

Bajet percetakan bulanan perlu dikawal. Meskipun kita menerima banyak manuskrip yang sesuai diterbitkan, jumlah judul yang diterbitkan setiap bulan perlu dikawal.

Jabatan editorial mahu menerbitkan banyak judul kerana KPI mereka adalah jumlah judul yang diterbitkan setiap bulan.

Jabatan sale mahu menjual sebanyak-banyak buku kerana KPI mereka adalah nilai jualan. Jualan judul baru sentiasa lebih tinggi daripada jualan judul ulangcetak.

Dari satu sudut apabila penerbitan judul ditangguhkan, itu bermakna kita kehilangan sale. Buku-buku yang sepatutnya sudah dapat dijual, tidak dapat dijual.

Dari sisi lain, jika buku-buku itu diterbitkan juga, bajet percetakan bulanan kita 'meletup'. Ini membahayakan cash-flow syarikat.

Syarikat percetakan hanya memberi kredit 90 hari. Dalam tempoh 90 hari itu sebahagian buku yang dicetak sudah diserahkan kepada pengedar dan agen, sebahagian lagi masih ada di dalam setor.

Dalam masa 90 hari itu juga, pengedar dan agen belum membayar hutang mereka kepada kita. Sedangkan hutang kita kepada syarikat percetakan sudah matang dan mesti dibayar.

Syarikat percetakan mempunyai pistol yang sangat berkesan bagi menagih hutang kita. Mereka tidak akan mencetak buku kita selagi kita belum membayar hutang lama kita.

Menjaga kesihatan cash-flow adalah sangat kritikal bagi survival syarikat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Mengawal Stok Buku di Dalam Gudang Previous entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Plus-Minus Susunan Buku Ikut Nama Penerbit

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.