Wednesday, March 28, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Menjual Buku Sangat Mudah, Mengutip Hutang Sangat Susah

Dalam apa juga bisnes, menjual adalah sangat mudah, apatah lagi jika jualan itu adalah secara kredit kepada pembekal dan ejen-ejen. Yang sangat susah adalah mengutip hutang.

Jumlah hutang lapuk PTS semenjak tahun pertama ia beroperasi sehingga sekarang adalah lebih RM300k. PTS pernah melantik seorang peguam bagi menagih hutang. Apa yang berlaku peguam itu lari dengan 50% duit hutang PTS yang sudah diterimanya dari pemiutang.

Pengurusan PTS sudah mengadukan hal ini kepada Bar Council supaya lesen peguam itu dibatalkan. Peguam itu seorang yang banyak kali menjalankan kursus prosedur mengutip hutang. PTS menghantar pegawainya mengikuti kursusnya.

Peristiwa peguam makan duit pelanggan banyak berlaku dalam kalangan syarikat-syarikat guaman kecil di mana prosedur kewangan syarikat itu membolehkan si peguam dengan mudah mengeluarkan wang pelanggan dari akaun syarikatnya sendiri.

Dalam syarikat guaman yang besar, di mana mereka mempunyai banyak partner, SOP (standard operating procedure) bagi menandatangani cek-cek syarikat adalah sangat ketat. Tujuannya adalah bagi mengelakkan kemungkinan ada mana-mana partner yang makan duit pelanggan.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Plus-Minus Susunan Buku Ikut Nama Penerbit Previous entry: Tip Survival Bisnes Penerbitan: Buku 'special edition' atas Permintaan Kedai
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/29  at  05:40 AM

Sebagai peguam, saya merasa kesal membaca kisah rakan yang dipanggil ‘rakan bijaksana’ yang tidak amanah ini. Bertambah kesal, ia berlaku ke atas PTS, penerbit buku-buku yang saya sangat suka baca buku-buku yang diterbitkannya. Buku-buku yang memandaikan saya dan bangsa. Kesal rasanya….

Firma tempat saya bekerja pernah mengambil alih fail-fail dari firma yang telah ditutup seperti kes ini. Kami tahu dan rasa betapa marah dan kecewanya klien.

Dengan izin Allah, duit yang lesap itu akan digantikan semula. Peguam mempunyai insurans bagi kes-kes kecuaian dan Majlis Peguam juga ada tabungan sendiri bagi kes-kes khianat seperti ini. Cuma masanya tidak pasti berapa lama.

Semoga kes ini selesai dengan baiknya. Amin.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.